Ringkaskan peristiwa Keranda 152
(24 Oktober 2016)
 |
Perarakan Keranda 152 |
Keranda 152
merujuk kepada
perarakan bantahan para pejuang Bahasa Melayu terutama penulis
dari Dewan Bahasa dan Pustaka yang mencapai
kemuncaknya pada 3 Mac1967 di Balai
Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka. Antara tokoh terpenting ialah
Usman Awang
yang ketika itu menjadi editor Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya
yang diterbitkan DBP. Perarakan ini merupakan
simbolik kepada kematian bahasa
Melayu apabila
kerajaan Malaysia tidak menepati janji untuk menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa dalam bidang kehakiman.
 |
Uswan Awang |
Semua orang
Melayu di Malaysia dipelopori pejuang bahasa mahu
mengangkat martabat bahasa
Melayu ke tempat yang wajar di negara ini bagi menggantikan bahasa Inggeris
yang menjadi bahasa pengantar di sekolah rendah, sekolah menengah dan
universiti ketika itu.
Dalam
Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 jelas mencatatkan kedudukan bahasa Melayu
akan dinaikkan kedudukan secara berperingkat dari 31 Ogos 1957 kepada tahap
lebih baik 10 tahun kemudian iaitu pada 1967. Perkara 152 Perlembagaan
Persekutuan meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa
Kebangsaan. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan adalah salah satu dari
kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama oleh rakyat berbilang bangsa
termasuk Cina, India dan lain-lain. Ketika Malaysia baru merdeka pada 1957,
parti pemerintah beranggapan bahawa bahasa Melayu belum bersedia untuk
mengambil alih tugas bahasa Inggeris yang digunakan oleh pentadbiran penjajah
dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran negara.

Apabila
persidangan Dewan Rakyat membahaskan Perkara 152 yang majoritinya daripada
Perikatan,
janji 10 tahun lalu diabaikan. Badan NGO Melayu rasa terkejut dengan
beberapa peruntukan dalam Rang Undang-Undang Bahasa 1967 yang masih mengekalkan
Bahasa Inggeris dalam beberapa bidang terutama bidang kehakiman. Tempoh 10
tahun dikatakan tidak berjaya membaiki jumlah perbendaharaan bahasa Melayu,
bilangan guru di sekolah dan pensyarah di universiti. Bahasa Melayu hanya
dilihat memadai untuk pelajaran bahasa Melayu dan bidang sastera sahaja dan
tidak layak untuk bidang sains.
No comments:
Post a Comment