Monday 21 November 2016

AGIHAN KEKAYAAN YANG ADIL

Bagaimanakah kerajaan merealisasikan kekayaan yang adil kepada ekonomi dan ekuiti?

Di Malaysia, falsafah yang menjadi panduan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971-1990) dan matlamat teras serampang dua mata, iaitu membasmi kemiskinan dan menstruktur masyarakat diteruskan dan dikekalkan dalam dasar-dasar pembangunan negara yang terkemudian iaitu Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan Dasar Wawasan Nasional (2001-2010). Namun, agihan yang dimaksudkan dalam falsafah ini adalah berpusat kepada dimensi agihan antara etnik.  Falsafah ini mengandaikan bahawa sekiranya perbezaan dan ketidakseimbangan ekonomi nataara etnik dapat dihapuskan, sekaligus mencapai perpaduan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Agenda agihan kekayaan negara dengan pertumbuhan ekonomi seringkali mempunyai kesan yang bertentangan atau mempunyai hubungan yang songsang  antara satu sama lain. Pertumbuhan ekonomi yang dianggap penting kerana melalui ekonomi yang berkembang, agihan akan dilakukan tanpa menjejaskan mana-mana kumpulan etnik dalam masyarakat. Sebaliknya pengagihan dalam keadaan tertentu dapat memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Malah dalam keadaan ekonomi Malaysia yang semakin terbuka, kuasa-kuasa pasaran telah melemahkan keupayaan kerajaan untuk melaksanakan agenda agihan dengan tegas.

Apabila indeks yang mengukur agihan pendapatan negara dipisahkan kepada sumbangan ketaksamarataan antara kumpulan dengan sumbangan ketaksamarataan dalam kumpulan, didapati ketaksamarataan antara kumpulan etik, menyumbang peratus yang kecil kepada keseluruhan ketaksamarataan pendapatan. Perkara ini bermakna sebahagian besar daripada ketaksamarataan pendapatan dalam penduduk Malaysia adalah berpunca daripada ketaksamarataan dalam kalangan etnik itu sendiri. Oleh itu, ketaksamarataan pendapatan di Malaysia pada awal kemerdekaan negara adalah recam dan tidak mampu dijelaskan sepenunya daripada perspektifetnik semata-mata.

Dasar Ekonomi Baru (DEB), diperlkenalkan oleh kerajaan untuk memajukan ekonomi serta berusaha memajukan ekonomi serta berusaha untuk menghapuskan pengenalan ekonomi berasakan kaum yang menjadi asas kepada penyusunan semula sosioekonomi negara. Tindakan kerajaan dalam memperbaiki kedudukan ekonomi selepas tragedy 13 Mei 1969 adalah berasaskan strategi kea rah pembentukan perpaduan nasional. Fokus utama DEB adalah kepada aspek pengagihan yang lebih saksama dalam pemilikan ekuiti korporat antara bumiputera dan Melayu dengan etnik Cina.

Penyusunan semula masyarakat, strategi ini sebenarnya bertujuan mewujudkan penyertaan seimbang semua etnik dalam setiap kegiatan ekonomi. Antara matlamatnya adalah mengurangkan keadaan tidak seimbang struktur guna kuasa. Kedua, menambahkan hak milik rakyat Malaysia dalam pemilikan modal produktif negara termasuk pemilikan saham sktor syarikat. Secara egasnya, matlamat ini bertjuan untuk memastikan bumiputera memiliki sekurang-kurangnya 30 peratus saham sektor syarikat, sementara 40 peratus oleh kaum bukan bumiputera dan 30 peratus rakyat asig. Ketiga, mewujudkan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan bumiputera untuk semua lapangan dan peringkat kegiatan ekonomi.

Rancangan Malaysia Kedua (RM Ke-2),turut memberi panduan yang jelas terhadap agenda memartabatkan peningkatan penyertaan etnik Melayu dalam arena perniagaan dan perdagangan. RM Ke-2 menyalurkanhasrat kerajaan mewujudkan satu Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dalam satu tempoh melalui pelbagai langkah yang meliputi bantuan kewangan, dan latihan , mewujudkan tempat perniagaan yang sesuai di Bandar-bandar, mengadakan suaha sama dengan bukan Melayu bagi memperoleh pengetahuan, pengalaman dan pasara, mengalakkan penubuhan persusahaan-perusahaan kecil dan berusaha menukar sikap golongan Melayu agar cenderung kearah perniagaan dan perusahaan.


Di samping itu, maltlamat DEB adalah kea rah mencapai perpaduan nasional melalui penglibatan aktif kerajaan dalam ekonomi untuk mengurangkan ketidakseimbangan sosio ekonomi yang wujud antara etnik. Pendekatan yang digunakan adalah untuk memberi keutamaan kepada masyarakat Melayu dan juga masyarakat bumiputera yang ketinggalan dalam arus pembangunan ekonomi. Kesimpulannya, DEB sebnarnya adalah untuk mengurangkan kemiskinan dan menyusun semula lapisan masyarakat supaya pengenalan etnik melalui ekonomi dapat dihapuskan. 


No comments:

Post a Comment