Showing posts with label Kerja Rumah Mingguan. Show all posts
Showing posts with label Kerja Rumah Mingguan. Show all posts

Saturday, 10 December 2016

Tahap Ekonomi Malaysia

Berdasarkan rajah di bawah, kita dapat menilai tahap ekonomi Malaysia dari tahun 2014-2016.

Pertumbuhan Tahunan,% (sekiranya tidak dinyatakan)
2014
2015
2016
Keluaran Dalam Negeri Kasar Sebenar (KDNK)
6.0
5.0
4.31
Kadar Pengangguran, %
2.9
3.1
3.52
BOP Baki Akaun Semasa, % ke atas PNK
4.5
3.1
2.01
Eksport Dagangan
6.4
1.9
0.53
Import Dagangan
5.3
0.4
0.72
Indeks Harga Pengguna
3.2
2.1
1.52
Rizab Antarabangsa BNM, RM billion (bersih)
405.5
409.1
405.5
                               

1) Indikator yang pertama untuk menilai tahap ekonomi Malaysia ialah Keluaran Dalam Negeri Kasar Sebenar (KDNK). Keluaran dalam negara kasar (KDNK) sesebuah negara adalah satu cara untuk mengukur ekonomi nasional sesebuah negara. KDNK bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barangan dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu . Ia juga mengambil kira jumlah nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barangan dan perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai wang. Dengan kata lain, anda perlu mencampurkan perbelanjaan pengguna, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan kerajaan, dan nilai eksport dan ditolak dengan nilai import. Pengukuran KDNK lazimnya digunakan untuk tahu keadaan ekonomi sesebuah negara. Negara yang mempunyai KDNK yang tinggi selalunya negara kuasa besar ekonomi.

Jadi, KDNK Malaysia telah menurun secara berturut turut dari tahun 2014 hngga ke tahun 2016.

2) Indikator yang kedua ialah Kadar Pengangguran dalam peratusan (%). Kadar penganguran sangat praktikal untuk dijadikan sebagai ukuran ekonomi dan mudah di fahami oleh semua rakyat. Kadar penganguran di Malaysia turut meningkat dari tahun 2014 sehingga 2016. Adakah negara kita berada di tahap ekonomi yang memuaskan dengan berlakunya peningkatan kadar penganguran? Tentu lah tidak. Anda boleh menilainya.

3) BOP Baki Akaun Semasa, % ke atas PNK menunukkan penurunan dari 4.5% ke 2.0%. Apakah tafsirannya? Akaun semasa (BOP) mengukur peruntukan bersih sumber sebenar iaitu barangan, perkhidmatan, pendapatan primer dan sekunder kepada atau daripada seluruh dunia. Lebihan dalam akaun berlaku apabila pendapatan melebihi perbelanjaan, manakala defisit berlaku jika ia sebaliknya. DEfisit dalam akaun semasa mungkin dibiayai oleh aliran masuk pelaburan asing atau pinjaman luar negara atau penggunaandalam aset rizab. Jadi baki akaun semasa Malaysia menunjukan penurunan dari tahun 2014 ke tahun 2016.

4) Eksport Dagangan menunjukkan penurunan yang sangat ketara. Ianya mungkin disebabkan oleh faktor penurunan nilai matawang Malaysia. Salah satu faktor mengapa kadar nilai matawang Malaysia telah menurun ialah disebabkan para pelabur asing tidak lagi berminat untuk melabur atau memperluaskan ekonomi mereka di Malaysia. Jadi, kebanyakkan dai  mereka tidak lagi beroperasi di Malaysia dan menyebabkan nilai matawang kita jatuh.

5) Import Dagangan juga menunjukkan penurunan dari tahun 2014 sehingga tahun 2016. Sepertti yang kita tahu, Malaysia telah menetapkan cukai barangan dan perkhidmat. Import dagangan juga terpalit dengan kesan kesan daripada perlaksanaan GST. Dimana cukai akan dikenakan keatas barangan tersebut malah cukai juga di kenakan keatas import duty.

6) Indeks harga pengguna atau IHP (Bahasa Inggeris: Consumer Price Index, CPI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mengukur atau menentukan kadar inflasi. IHP mengukur harga purata barang dan perkhidmatan yang biasanya digunakan oleh isi rumah pada tempoh masa yang ditetapkan. IHP diukur dengan membandingkan purata harga barangan dan perkhidmatan pada tahun asas dengan purata harga barang pada tahun semasa. 

Kesan peningkatan indeks harga pengguna  ialah harga barang dan perkhidmatan akan meningkat termasuk harga barang keperluan. Peningkatan harga ini turut mempengaruhi harga barang-barang lain. Peniaga atau penjual akan mengambil kesempatan kenaikan harga ini lalu menindas pengguna. Peniaga-peniaga juga akan menyorokkan barang dan akan menjualnya apabila harga naik. Selain itu, rakyat di negara tersebut juga akan mengalami kesukaran hidup akibat kemiskinan. Pengguna akan mengurangkan perbelanjaan malah banyak keperluan harian mereka tidak dapat dipenuhi. Jadi, rakyat terpaksa berhutang untuk berbelanja. Di samping itu, pertumbuhan ekonomi sesebuah negara akan terjejas. Hal ini akan mengakibatkan nilai mata wang negara tersebut susut. Hali ini akan mempengaruhi perdagangan antarabangsa. Malah peluang-peluang pelaburan asing di negara tersebut akan kurang atau pelabur akan menarik balik pelaburan mereka dari negara tersebut.

Jadual di atas bagi tahun 2016 adalah data dari september 2016. Jadi ianya 'bias' atau 'Irrelevant' untuk dibandingkan dengan tahun 2014 dan tahun 2015.

Monday, 21 November 2016

AGIHAN KEKAYAAN YANG ADIL

Bagaimanakah kerajaan merealisasikan kekayaan yang adil kepada ekonomi dan ekuiti?

Di Malaysia, falsafah yang menjadi panduan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1971-1990) dan matlamat teras serampang dua mata, iaitu membasmi kemiskinan dan menstruktur masyarakat diteruskan dan dikekalkan dalam dasar-dasar pembangunan negara yang terkemudian iaitu Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan Dasar Wawasan Nasional (2001-2010). Namun, agihan yang dimaksudkan dalam falsafah ini adalah berpusat kepada dimensi agihan antara etnik.  Falsafah ini mengandaikan bahawa sekiranya perbezaan dan ketidakseimbangan ekonomi nataara etnik dapat dihapuskan, sekaligus mencapai perpaduan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Agenda agihan kekayaan negara dengan pertumbuhan ekonomi seringkali mempunyai kesan yang bertentangan atau mempunyai hubungan yang songsang  antara satu sama lain. Pertumbuhan ekonomi yang dianggap penting kerana melalui ekonomi yang berkembang, agihan akan dilakukan tanpa menjejaskan mana-mana kumpulan etnik dalam masyarakat. Sebaliknya pengagihan dalam keadaan tertentu dapat memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Malah dalam keadaan ekonomi Malaysia yang semakin terbuka, kuasa-kuasa pasaran telah melemahkan keupayaan kerajaan untuk melaksanakan agenda agihan dengan tegas.

Apabila indeks yang mengukur agihan pendapatan negara dipisahkan kepada sumbangan ketaksamarataan antara kumpulan dengan sumbangan ketaksamarataan dalam kumpulan, didapati ketaksamarataan antara kumpulan etik, menyumbang peratus yang kecil kepada keseluruhan ketaksamarataan pendapatan. Perkara ini bermakna sebahagian besar daripada ketaksamarataan pendapatan dalam penduduk Malaysia adalah berpunca daripada ketaksamarataan dalam kalangan etnik itu sendiri. Oleh itu, ketaksamarataan pendapatan di Malaysia pada awal kemerdekaan negara adalah recam dan tidak mampu dijelaskan sepenunya daripada perspektifetnik semata-mata.

Dasar Ekonomi Baru (DEB), diperlkenalkan oleh kerajaan untuk memajukan ekonomi serta berusaha memajukan ekonomi serta berusaha untuk menghapuskan pengenalan ekonomi berasakan kaum yang menjadi asas kepada penyusunan semula sosioekonomi negara. Tindakan kerajaan dalam memperbaiki kedudukan ekonomi selepas tragedy 13 Mei 1969 adalah berasaskan strategi kea rah pembentukan perpaduan nasional. Fokus utama DEB adalah kepada aspek pengagihan yang lebih saksama dalam pemilikan ekuiti korporat antara bumiputera dan Melayu dengan etnik Cina.

Penyusunan semula masyarakat, strategi ini sebenarnya bertujuan mewujudkan penyertaan seimbang semua etnik dalam setiap kegiatan ekonomi. Antara matlamatnya adalah mengurangkan keadaan tidak seimbang struktur guna kuasa. Kedua, menambahkan hak milik rakyat Malaysia dalam pemilikan modal produktif negara termasuk pemilikan saham sktor syarikat. Secara egasnya, matlamat ini bertjuan untuk memastikan bumiputera memiliki sekurang-kurangnya 30 peratus saham sektor syarikat, sementara 40 peratus oleh kaum bukan bumiputera dan 30 peratus rakyat asig. Ketiga, mewujudkan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan bumiputera untuk semua lapangan dan peringkat kegiatan ekonomi.

Rancangan Malaysia Kedua (RM Ke-2),turut memberi panduan yang jelas terhadap agenda memartabatkan peningkatan penyertaan etnik Melayu dalam arena perniagaan dan perdagangan. RM Ke-2 menyalurkanhasrat kerajaan mewujudkan satu Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dalam satu tempoh melalui pelbagai langkah yang meliputi bantuan kewangan, dan latihan , mewujudkan tempat perniagaan yang sesuai di Bandar-bandar, mengadakan suaha sama dengan bukan Melayu bagi memperoleh pengetahuan, pengalaman dan pasara, mengalakkan penubuhan persusahaan-perusahaan kecil dan berusaha menukar sikap golongan Melayu agar cenderung kearah perniagaan dan perusahaan.


Di samping itu, maltlamat DEB adalah kea rah mencapai perpaduan nasional melalui penglibatan aktif kerajaan dalam ekonomi untuk mengurangkan ketidakseimbangan sosio ekonomi yang wujud antara etnik. Pendekatan yang digunakan adalah untuk memberi keutamaan kepada masyarakat Melayu dan juga masyarakat bumiputera yang ketinggalan dalam arus pembangunan ekonomi. Kesimpulannya, DEB sebnarnya adalah untuk mengurangkan kemiskinan dan menyusun semula lapisan masyarakat supaya pengenalan etnik melalui ekonomi dapat dihapuskan. 


Monday, 14 November 2016

9 CABARAN WAWASAN 2020

Soalan : Dalam Wawasan 2020, 9 cabaran, analisakan setakat mana keupayaan rakyat Malaysia menghadapi 9 cabaran tersebut?

CABARAN PERTAMA
Membentuk Negara Malaysia yang bersatu padu serta satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetian politik dan dedikasi kepada Negara.

Cabaran bagi membentuk negara Malaysia bersatu padu memberikan definisi kepada kita bahawa negara kita mempunyai cabaran untuk membentuk satu bangsa yang dikenali sebagai bangsa Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum. Cabaran ini merupakan asas kepada pembentukan negara yang maju. Negara tidak mungkin dapat membangun di dalam apa bidang sekalipun sekiranya rakyat tidak dapat bersatu hati dan enggan bekerjasama. Cabaran ini dilihat sebagai satu cabaran yang berterusan kerana setiap kaum di Malaysia ingin mengekalkan identiti mereka yang tersendiri dari masa ke semasa. Negara yang boleh kita ambil contoh di mana ia dapat menyatupadukan rakyatnya yang berbilang kaum dan suku ialah Indonesia. Jika kita tanya apakah bangsa mereka, sudah tentu mereka menjawab mereka berbangsa Indonesia.

Kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif untuk menyatupadukan rakyat misalnya memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasonal. DPN telah dilancarkan oleh Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991 bagi meneruskan hasrat yang terkandung di dalam Dasar Ekonomi Baru iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum sebagai langkah pengukuhan perpaduan negara. Dari sini kita dapat lihat, sekiranya jurang ekonomi rakyat di negara kita dapat dirapatkan, maka rakyat di negara ini akan lebih bersatu padu. Dengan mengurangkan jurang yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar, ia berupaya membangun sebuah masyarakat progresif di mana kesejahteraan dinikmati oleh semua rakyat di samping memiliki sikap dan nilai kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara

CABARAN KEDUA
Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas , tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan gagah menghadapi pelbagai masalah.

Cabaran kedua ini jelas tertumpu kepada faktor pembinaan insan, faktor kejiwaan dan pembinaan semangat rakyat sebagai syarat penting di dalam pembinaan Negara maju. Berjiwa bebas memberi maksud negara mahukan jiwa rakyat tidak terkonkong dan terbelenggu dengan sesuatu fahaman sehingga menolak pembaharuan dan kemajuan. Oleh kerana kita sudah lama di jajah, ia sedikit sebanyak membunuh keyakinan rakyat terhadap diri sendiri. Jiwa tenteram juga amat penting bagi seseorang individu. Kita sedang menyaksikan bagaimana sesetengah masyarakat di dunia kucar-kacir akibat pembangunan fizikal tidak disembangi dengan pembinaan jiwa dan kekuatan rohani bagai menghadapi pelbagai cabaran.Ketenteraman jiwa juga berkait rapat dengan pembentukan akhlak dan penyuburan iman supaya sentiasa tidak hilang pedoman hidup. Ketenteraman dan ketenangan fikiran juga akan memungkinkan pelbagai penemuan idea dan inovasi yang meningkatkan lagi taraf kehidupan manusia. Wawasan 2020 juga bertujuan melahirkan satu bangsa yang kuat, kukuh dan tahan menghadapi segala ujian.Kegagahan juga bererti ketahanan fizikal dan mental, serta kekuatan dari segi kerohanian dan kejiwaan. Antara usaha kerajaan bagi cabaran kedua ini adalah dengan melaksanakan Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir di mana ia sebagai satu usaha mengalihkan pandangan rakyat dari terlalu membesarkan kemajuan negara Barat. Rakyat diminta supaya beralih untuk melihat kebaikan yang terdapat di negara-negaraTimur seperti Jepun dan Korea. Dasar Pandang keTimur ialah usaha untuk mencari kekuatan dari nilai-nilai ketimuran termasuk nilai-nilai positif yang kita warisi dari peradaban kita sendiri.

Cara untuk mengecapi erti kebebasan yang sebenarnya ialah dengan membina kekuatan di bidang ilmu pengetahuan, ekonomi dan kejiwaan. Dengan penguasaan ilmu tersebut, kita akan bebeas untuk meneraju negara kita sendiri dan mampu berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Para remaja seharusnya belajar dengan bersungguh-sungguh kerana merekalah bakal pemimpin di negara kita. Sebaliknya, sekiranya rakyat lemah dalam ilmu pengetahuan, ia akan menyebabkan kita akan terus bergantung kepada negara lain.  Cabaran kedua ini membuktikan bahawa Wawasan 2020 bukanlahsemata-mata wawasan ekonomi yang tertumpu kepada pembangunan negara perindustriansemata-mata. Ianya tetap mementingkan aspek kerohanian dan pembinaan sikap positif serta nilai-nilai murni bagi mencapai kebahagiaan yang sebenarnya


CABARAN KETIGA
Membentuk dan memperkembangkan sebuah masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul, berasaskan muafakat dan musyawarah, dan dapat dicontohi oleh banyak Negara membangun.

Cabaran ini merujuk kepada corak Kerajaan dan pentadbiran kerana sebuah kerajaan yang bersih dan mantap adalah amat penting di dalam perjalanan dan pembangunan sesebuah negara. Kerajaan memegang teraju dan menentukan perjalanan negara. Kestabilan kerajaan adalah sesuatu yang amat diperlukan di dalam usaha kita untuk menuju taraf negara maju. Oleh kerana itulah, Malaysia perlu mempunyai kerajaan yang kuat yang dapat melindungi dan meninggikan taraf hidup rakyat. Kita berpegang kepada sistem demokrasi kerana kita yakin bahawa ia adalah sistem yang terbaik. Rakyat Malaysia amat mengharapkan yang kemurnian demokrasi di negara ini akan terus terpelihara. Rakyat diberi hak untuk memilih Kerajaan kerana kita ingin memelihara hak sebagai warga negara Malaysia yang berdaulat. Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang adalah cita-cita kita bersama. Dengan sistem demokratik yang matang bererti rakyat memiliki kebebasan dalam memilih kerajaan yang akan memegang teraju pemerintahan negara. Rakyat juga memiliki kebebasan untuk melahirkan pendapat dan idea. Kematangan di sini menunjukkan bahawa idea yang disuarakan oleh rakyat itu pula adalah idea yang matang dan bernas. Kematangan juga bererti rakyat menyuarakan sesuatu dengan penuh rasa tanggungjawab, dengan fikiran yang waras dan berlandaskan kepada kebenaran. Mereka menyuarakan sesuatu hanya setelah berfikir dengan teliti dan rasional dan sentiasa mengutamakan kepentingan golongan terbanyak.

Oleh kerana negara kita mempunyai system demokrasi,  Hanya warganegara Malaysia sahaja yang berhak dan mereka boleh menyarankan pendirian mereka dengan cara yang tertib khususnya melalui proses pilihanraya yang diperuntukkanoleh Perlembagaan. Walau bagaimanapun kita merasa agak kesal bila mengetahui masih ramai rakyat negara ini yang tidak mendaftar sebagai pengundi. Kita merasa hairan kerana peratus rakyat yang keluar mengundi adalah rendah. Ada juga di antara mereka yang sengaja membuat undian rosak. Seharusnya semua rakyat perlu ada sifat tanggungjawab untuk mengundi kerana undia kita akan mentukan pemimpin yang akan mencorakkan pemerintahan negara dan juga nasib rakyat.

CABARAN KEEMPAT
Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika sepenuhnya, dengan para warganegaranya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan didorong oleh standard etika paling tinggi.

Cita-cita Wawasan 2020 ialah untuk membina Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian yang maju dengan taraf ekonomi yang mampan. Namun begitu matlamat yang ingin dicapai oleh Wawasan ini bukanlah di bidang ekonomi semata-mata kerana kemajuan yang dicita-citakan meliputi segenap bidang kehidupan. Perdana Menteri sering menjelaskan bahawa konsep maju yang sebenarnya ialah maju dari segi ekonomi, maruah dan martabat sebagai suatu bangsa yang dihormati. Pencapaian kebendaan atau ekonomi semata-mata tidak menggambarkan atau membuktikan kemajuan yang sebenarnya. Apalah ertinya kekayaan material jika kehidupan anggota masyarakat terancam oleh berbagai jenayah yang berlaku di sekeliling mereka. Berjuta-juta rakyat menghadapi tekanan jiwa kerana berlaku berbagai masalah sosial seperti perpecahan keluarga. Fenomena yang berlaku di negara-negara maju pada masa ini seolah-olah menunjukkan bahawa semakin maju keupayaan teknologi manusia, semakin lemah daya tahan moralnya. Semakin maju sesebuah negara, semakin canggih pula cara penyelewengan dan penipuan yang berlaku di dalam bidang perdagangan atau politik.

Tercapai ataupun tidak cita –cita ini terletak pada bahu rakyat sendiri. Rakyat merupakan faktor yang paling penting dalam menjayakan wawasan 2020. Jika negara kita mempunyai kecanggihan teknologi dan system ekonomi yang tinggi, cita cita ini tetap tidak akan mampu dicapai seandainya rakyat tidak mengamalkan nilai-nilai murni seperti kejujuran, kerajinan, berdisiplin, amanah dan sebagainya. Jadi, apa yang perlu dilakukan adalah berbalik kepada asas pembentukan masyarakat semula di mana pegangan agama menjadi tonggak pembangunan seseorang individu. Bagi orang Islam, mereka perlu bertauhid kepada Allah seterusnya ia akan membentuk akhlak seseorang individe tersebut.

CABARAN KELIMA
Mewujudkan sebuah masyarakat matang yang bersifat liberal dan toleran, dengan setiap rakyat Malaysia bebas mengamalkan adat kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing, dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka pada satu Negara.

Masyarakat yang matang bererti masyarakat yang dapat berfikir secara rasional dan tidak emosional. Mereka berfikiran luas dan sentiasa menimbangkan dengan saksama sama ada sesuatu tindakan itu akan membawa kebaikan kepada semua rakyat. Masyarakat yang matang tidak akan bertindak dengan melulu tanpa berfikir panjang. Masyarakat Liberal bererti masyarakat yang telah bebaskan diri dari fahaman yang sempit. Masyarakat yang liberal akan berfikiran terbuka untuk menerima pengetahuan baru, dan sentiasa bersedia menimbang buah fikiran yang diberikan oleh orang lain. Seperti yang kita maklum, rakyat Malaysia menganut berbilang agama. Perlembagaan Malaysia mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi di samping memberi kebebasan kepada penganut-penganut agama lain untuk mengamalkan agama mereka. Hal ini tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada perpaduan negara kerana semua agama mengajar manusia untuk berbaik-baik di antara satu sama lain. Rakyat Malaysia boleh mengamalkan nilai-nilai murni yang diajar oleh agama masing-masing.

Untuk membentuk sikap saling memahami dan menghormati adat resam dan kebudayaan antara kaum,  kerajaan telah menubuhkan sekolah kebangsaan yang bertujuan untuk mewujudkan perpaduan dan persefahaman di kalangan rakyat berbilang kaum. Bukan itu sahaja, ianya bertujuan untuk menggalakkan interaksi yang maksimum di kalangan warga sekolah melalui perkongsian peralatan dan kemudahan di sekolah mahupun melalui perlaksanaan aktiviti yang di jalankan di sekolah. Selain itu, media massa mempunyai peranan penting di dalam menangani cabaran kelima ini. Media massa boleh mendidik dan menyuburkan nilai-nilai murni seperti hormat menghormati, bertolak ansur dan bertoleransi. Media massa patut mendedahkan anak-anak kepada aspek-aspek budaya lain supaya mereka lebih memahami dan dapat menerima cara hidup yang berlainan. Pepatah Melayu ada menyatakan, “ Tak kenal maka tak cinta”

CABARAN KEENAM
Mewjudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang berdaya cipta dan  berpandangan jauh, yakni masyarakat yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi malah menjadi penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.

 Cabaran ini bukan mengkehendaki rakyat Malaysia supaya menerima dan menggunapakai sains dan teknologi malahan mengkehendaki mereka untuk menjadi penyumbang kepada tamadun teknologi dunia masa kini. Pelbagai inisiatif telah di ambil oleh pihak kerajaan di dalam membentuk masyarakat yang bersifat sains serta progresif. Antara inisiatif yang di ambil ialah membangunkan sebuah bandar pintar yang dikenali sebagai Cyberjaya, pengurangan cukai pendapatan melalui pembelian computer dan juga cadangan untuk menghantar rakyat Malaysia ke angkasa lepas.

Dr. Mahathir sentiasa menekankan kepentingan berjiwa maju dan menguasai ilmu pengetahuan. Sesungguhnya tanpa ilmu pengetahuan kemajuan tidak mungkin tercapai. Masyarakat Malaysia perlu bersedia untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan menguasai teknologi serta sentiasa berfikir dan mencipta sesuatu yang lebih baik. Pengetahuan yang saintifik adalah penting untuk membina generasi yang mempunyai kecekapan dan kemahiran di dalam berbagai-bagai bidang. Tanpa ilmu dan pengetahuan saintifik masyarakat tidak mungkin mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Dengan ilmu yang saintifik dan pemikiran yang kreatif manusia akan mendapat penemuan-penemuan baru yang memberi manfaat kepada kehidupan.

CABARAN KETUJUH
Membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah masyarakat  yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri

Y.A.B. Dr. Mahathir mentafsirkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang sebagai sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi sekeliling sistem keluarga yang kukuh. Dengan kata lain masyarakat penyayang ialah masyarakat yang hidup bermuafakat dengan anggota-anggotanya yang mesra dan bertimbang rasa. Setiap orang saling faham memahami dan hormat-menghormati. Yang muda menghormati yang tua dan yang tua mengasihi yang muda. Individu di dalam sebuah masyarakat penyayang tidak hanya mementingkan dirinya sendiri sahaja. Mereka tidak akan melakukan sesuatu yang jelas akan membawa bencana kepada orang-orang di sekeliling.

Bermula dengan kempen berbudi bahasa di kalangan kakitangan kerajaan, beberapa langkah telah mula diatur bagi menerapkan nilai berbudi dan berbudaya penyayang di kalangan rakyat Malaysia. Melalui kempen berbudi bahasa ini, kakitangan kerajaan telah dinasihatkan agar lebih mesra kepada pelanggan mereka yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat. Kempen keluarga penyayang juga diperkenalkan bagi menerap nilai murni dan mesra di kalangan keluarga masyarakat Malaysia. Jika institusi kekeluargaan Malaysia tidak aman bagaimana pula hendak mencapai matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia maju menjelang tahun 2020. Kita sebagai rakyat Malaysia yang ingin melihat negara kita maju di tahun 2020 di samping ingin melihat institusi masyarakat kita disegani dengan nilai budi pekerti yang tinggi dan berbudaya penyayang ini haruslah menyokong usaha kerajaan ini. Caranya ialah dengan memulakan usaha – usaha ini dengan keluarga kita sendiri.Ini kerana keluarga adalah asas kepada pembentukan masyarakat dan masyarakat adalah asas kepada pembentukan keluarga


CABARAN KELAPAN
Membentuk sebuah masyarakat yang adil ekonominya, yakni masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan Negara secara adil lagi saksama.

Cabaran ini merupakan cabaran yang besar kerana pengwujudan masyarakat yang adil ekonominya sangat penting . Ini bagi memastikan supaya Malaysia sebagai sebuah negara maju pada 2020 tidak wujud keadaan di mana ada segolongan rakyat yang tercicir di era kemajuan negara. Cabaran ini mengkehendaki Malaysia agar dapat atau berjaya mengagihkan kekakayaan negara sama adil dan sama rata kepada seluruh rakyatnya. Ini bermakna tidak ada rakyat pun ada merasakan mereka tertindas di sebalik kemajuan yang dikecapi oleh Malaysia.
Langkah kerajaan memperkenalkan Dasar Pembangunan Negara atau lebih dikenali dengan nama barunya Dasar Wawasan Negara pada Rancangan Malaysia Keenam ini, dilihat sebagai titik tolak kepada keadilan dalam sosio ekonomi rakyat Malaysia ini. Antara sasaran dasar ini ialah pemilikan ekuiti sebanyak 30% oleh bumiputra menjelang tahun 2020.Ini dilihat dapat meningkatkan tahap ekonomi kaum bumiputra sebagai memelihara ketuanan kaum ni di dalam menuju ke wawasan 2020.Dasar Wawasan Negara ini juga mengkehendaki syarikat – syarikat agar mempunyai sekurang – kurang 30% dari keseluruhan warga kerja mereka adalah terdiri dari golongan kaum bumiputra. Ini dilihat sebagai satu usaha untuk memperseimbangkan golongan professional di kalangan rakyat Malaysia. Keseimbangan ini dapat menjamin kemajuan dikecapi dapat dirasai oleh setiap orang yang berlainan bangsa di negara kita


CABARAN KESEMBILAN
membentuk sebuah masyarakat yang makmur, dengan ekonominya yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamik dan mempunyai daya ketahanan.


Cabaran ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan mengambil serius tentang keseimbangan dari aspek ekonomi,politik dan sosiobudaya di Negara kita.Kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi ini sebenarnya tidak cukup untuk mengubah struktur sosioekonomi yang diwarisi daripada penjajah.Dasar-dasar yang dilaksanakan ternyata tidak memadai untuk memenuhi matlamat mengurangkan pengangguran,pengagihan pendapatan secara adil dan mengurangkan kadar kemiskinan.Fasa Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara antara tahun 1956 hingga 2010 ialah Rancangan Pembangunan Negara Fasa Pertama (1956-1970),Rancangan Pembangunan Negara Fasa Kedua (1971-1990) dan Rancangan Pembangunan Negara Fasa Ketiga (1991-2010).Pelaksanaan Dasar Wawasan 2020 merupakan dasar yang meneruskan aspirasi Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Negara untuk mewujudkan masyarakat  bersatu padu,adil dan saksama.Dalam kandungan DEB adalah bermatlamat untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.Teras DEB adalah untuk mencapai perpaduan Negara dan keharmonian social melalui pembangunan sosoiekonomi yang seimbang di Malaysia.Ia juga dilaksanakan bagi memastikan kekayaan dan peluang ekonomi di Negara kita dapat dinikmati secara adil dan saksama oleh pelbagai etnik.Jelaslah bahawa kerajaan menitikberatkan keadilan semua masyarakat dalam aspek ekonomi bagi menghadapi persaingan dan mempunyai daya ketahanan.Salah satu dasar ialah DEB dimana perlaksanaannya berhasil apabila dapat dilihat keseluruhan kadar kemiskinan mutlak di Malaysia telah menurun dan meningkatkan pendapatan masyarakat seterusnya meningkatkan ekonomi Negara pada peringkat global. 

Sunday, 13 November 2016

Apakah ciri-ciri politik yang stabil?



Ciri-ciri politik yang stabil?

            Politik merupakan elemen yang penting dalam pentadbiran negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Malaysia merupakan antara negara yang mengamalkan sistem tersebut. Justeru amalan politik stabil sangat penting untuk menjamin pentadbiran yang licin. 

            Ciri-ciri politik yang stabil antaranya adalah keutamaan ke atas kepentingan organisasi melebihi kepentingan peribadi. Maksudnya setiap keputusan yang dibuat oleh pemimpin perlulah mengambil kira kesejahteraan rakyat berbanding kesenangan peribadi. Hal ini berlawanan dengan politik melobi yang meletakkan kepentingan peribadi sebagai prioriti utama. 

            Seterusnya politik stabil juga perlu telus dan bebas daripada unsur rasuah. Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa. Tanggungjawab utama pemimpin adalah menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Jika seorang pemimpin dituduh mengamalkan rasuah beliau akan dipandang serong oleh rakyat dan mengurangkan keyakinan orang awam terhadap pengurusan pentadbiran yang telus dan jujur.

            Selain itu, politik yang stabil juga mempunyai sistem yang dapat difahami serta diterima oleh rakyat. Apabila sistem politik tersebut dapat difahami oleh rakyat, pelaksanaan ke atas dasar-dasar baru dalam pentadbiran akan berjalan dengan lancar. Sebagai contoh sistem dua parti iaitu parti Republikan dan parti Demokratik merupakan parti yang mendominasi politik di Amerika Syarikat. Rakyat Amerika boleh memilih untuk mengudi wakil daripada parti tersebut sebagai presiden mereka setiap dua penggal .Apabila rakyat dapat memahami sistem sesebuah parti politik itu dengan baik, mereka dapat membuat pilihan yang tepat untuk mengundi.

PEMBAIKAN EKONOMI BERDASARKAN ZAMAN RASULULLAH SAW



Dengan mengambil kaedah pembangunan ekonomi oleh Rasulullah SAW, bincangkan pembaikan ekonomi yang boleh dijalankan sekarang.


Ketika Rasulullah SAW memerintah di Madinah, Baginda telah membina masjid. Masjid bukan hanya dijadikan sebagai pusat beribadah semata-mata, ia juga menjadi tempat bermesyuarat dan tempat menjalankan urus niaga. Oleh dengan itu, fungsi masjid di negara kita perlu diperluaskan lagi. Setakat ini, masjid hanya sinonim sebagai tempat untuk menunaikan solat dan tempat untuk belajar agama. Dengan memperluaskan fungsi masjid, ia secara tidak langsung telah menjadi satu lagi tempat untuk masyarakat Islam di negara ini untuk berniaga. Urusan perniagaan ini tidaklah berlaku di dalam masjid tetapi di luar masjid yang di mana juga boleh menarik masyarakat bukan Islam untuk membeli. Oleh itu ketika pembinaan masjid perlu diperuntukkan tempat berurus niaga.
Masjid Nabawi

Masjid Kristal, Terengganu


Selain itu, kerajaan perlu menitikberatkan Zakat yang dikutip dan diberi kepada orang Islam yang tidak mampu. Zakat mungkin tidak seberapa tetapi ia dapat mengurangkan beban kewangan sesetengah kelompok individu atau keluarga yang susah. Oleh dengan itu, pengesanan individu-individu yang gagal untuk membayar zakat adalah sangat perlu dan sistem pengagihan zakat perlu dipertingkatkan supaya zakat diagihkan dan disalurkan dengan betul. Pada yang bukan Islam, kutipan cukai mestilah dilakukan. Kerajaan mestilah menjalankan kutipan zakat dan cukai dengan tegas dan memberi amaran dan hukuman yang setimpal kepada mereka-mereka yang liat untuk membayar.


Seterusnya, kerajaan boleh juga mengalakkan orang-orang Islam untuk menceburi bidang perniagaan. Sistem ekonomi negara kita banyak dimonopoli oleh masyarakat bukan Islam melalui perniagaan. Oleh kerana itu, kerajaan boleh mengambil langkah dengan memberi dorongan kepada peniaga-peniaga Islam dan latihan supaya negara kita boleh luaskan pasaran Islam di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.Hal ini secara tidak langsung memberi peningkatan terhadap tahap ekonomi negara dan juga menarik pelaburan dari negara luar. Bahkan Nabi Muhammad SAW telah bersabda bahawa 9 dari 10 rezeki datangnya dari perniagaan. Pasaran Halal telah mendapat tempat di mata dunia seperti di Jepun, oleh itu amatlah rugi apabila Malaysia yang mempunyai majority masyarakat Islam tidak mengambil peluang ini.

Akhir sekali, sebagai negara yang Islam adalah agama rasmi, kerajaan hendaklah menjalankan pentadbiran negara mengikut apa yang ditetapkan dalam syariat dan tidaklah melakukan apa yang dilarang-Nya. Kesuburan ekonomi negara juga bergantung kepada rakyat-rakyatnya yang rata-ratanya beragama Islam. Kerajaan perlu mengatasi masalah riba dan rasuah yang semakin berleluasa kerana dikhuatiri mendapat kemurkaan Allah.