Dengan mengambil kaedah pembangunan ekonomi oleh Rasulullah SAW, bincangkan pembaikan ekonomi yang boleh dijalankan sekarang.
Ketika
Rasulullah SAW memerintah di Madinah, Baginda telah membina masjid. Masjid
bukan hanya dijadikan sebagai pusat beribadah semata-mata, ia juga menjadi
tempat bermesyuarat dan tempat menjalankan urus niaga. Oleh dengan itu, fungsi
masjid di negara kita perlu diperluaskan lagi. Setakat ini, masjid hanya
sinonim sebagai tempat untuk menunaikan solat dan tempat untuk belajar agama.
Dengan memperluaskan fungsi masjid, ia secara tidak langsung telah menjadi satu
lagi tempat untuk masyarakat Islam di negara ini untuk berniaga. Urusan
perniagaan ini tidaklah berlaku di dalam masjid tetapi di luar masjid yang di
mana juga boleh menarik masyarakat bukan Islam untuk membeli. Oleh itu ketika
pembinaan masjid perlu diperuntukkan tempat berurus niaga.
Masjid Nabawi |
Masjid Kristal, Terengganu |
Selain itu,
kerajaan perlu menitikberatkan Zakat yang dikutip dan diberi kepada orang Islam
yang tidak mampu. Zakat mungkin tidak seberapa tetapi ia dapat mengurangkan
beban kewangan sesetengah kelompok individu atau keluarga yang susah. Oleh
dengan itu, pengesanan individu-individu yang gagal untuk membayar zakat adalah
sangat perlu dan sistem pengagihan zakat perlu dipertingkatkan supaya zakat
diagihkan dan disalurkan dengan betul. Pada yang bukan Islam, kutipan cukai
mestilah dilakukan. Kerajaan mestilah menjalankan kutipan zakat dan cukai
dengan tegas dan memberi amaran dan hukuman yang setimpal kepada mereka-mereka
yang liat untuk membayar.
Seterusnya,
kerajaan boleh juga mengalakkan orang-orang Islam untuk menceburi bidang
perniagaan. Sistem ekonomi negara kita banyak dimonopoli oleh masyarakat bukan
Islam melalui perniagaan. Oleh kerana itu, kerajaan boleh mengambil langkah
dengan memberi dorongan kepada peniaga-peniaga Islam dan latihan supaya negara
kita boleh luaskan pasaran Islam di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.Hal
ini secara tidak langsung memberi peningkatan terhadap tahap ekonomi negara dan
juga menarik pelaburan dari negara luar. Bahkan Nabi Muhammad SAW telah
bersabda bahawa 9 dari 10 rezeki datangnya dari perniagaan. Pasaran Halal telah
mendapat tempat di mata dunia seperti di Jepun, oleh itu amatlah rugi apabila
Malaysia yang mempunyai majority masyarakat Islam tidak mengambil peluang ini.
Akhir
sekali, sebagai negara yang Islam adalah agama rasmi, kerajaan hendaklah menjalankan
pentadbiran negara mengikut apa yang ditetapkan dalam syariat dan tidaklah melakukan
apa yang dilarang-Nya. Kesuburan ekonomi negara juga bergantung kepada
rakyat-rakyatnya yang rata-ratanya beragama Islam. Kerajaan perlu mengatasi
masalah riba dan rasuah yang semakin berleluasa kerana dikhuatiri mendapat
kemurkaan Allah.
No comments:
Post a Comment