Berdasarkan rajah di bawah, kita dapat menilai tahap ekonomi Malaysia dari tahun 2014-2016.
1) Indikator yang pertama untuk menilai tahap ekonomi Malaysia ialah Keluaran Dalam Negeri Kasar Sebenar (KDNK). Keluaran dalam negara kasar (KDNK) sesebuah negara adalah satu cara untuk mengukur ekonomi nasional sesebuah negara. KDNK bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barangan dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu . Ia juga mengambil kira jumlah nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barangan dan perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai wang. Dengan kata lain, anda perlu mencampurkan perbelanjaan pengguna, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan kerajaan, dan nilai eksport dan ditolak dengan nilai import. Pengukuran KDNK lazimnya digunakan untuk tahu keadaan ekonomi sesebuah negara. Negara yang mempunyai KDNK yang tinggi selalunya negara kuasa besar ekonomi.
Pertumbuhan Tahunan,% (sekiranya tidak dinyatakan)
|
2014
|
2015
|
2016
|
Keluaran Dalam Negeri Kasar
Sebenar (KDNK)
|
6.0
|
5.0
|
4.31
|
Kadar Pengangguran, %
|
2.9
|
3.1
|
3.52
|
BOP Baki Akaun Semasa, % ke
atas PNK
|
4.5
|
3.1
|
2.01
|
Eksport Dagangan
|
6.4
|
1.9
|
0.53
|
Import Dagangan
|
5.3
|
0.4
|
0.72
|
Indeks Harga Pengguna
|
3.2
|
2.1
|
1.52
|
Rizab Antarabangsa BNM, RM
billion (bersih)
|
405.5
|
409.1
|
405.5
|
1) Indikator yang pertama untuk menilai tahap ekonomi Malaysia ialah Keluaran Dalam Negeri Kasar Sebenar (KDNK). Keluaran dalam negara kasar (KDNK) sesebuah negara adalah satu cara untuk mengukur ekonomi nasional sesebuah negara. KDNK bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barangan dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu . Ia juga mengambil kira jumlah nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barangan dan perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai wang. Dengan kata lain, anda perlu mencampurkan perbelanjaan pengguna, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan kerajaan, dan nilai eksport dan ditolak dengan nilai import. Pengukuran KDNK lazimnya digunakan untuk tahu keadaan ekonomi sesebuah negara. Negara yang mempunyai KDNK yang tinggi selalunya negara kuasa besar ekonomi.
Jadi, KDNK Malaysia telah menurun secara berturut turut dari tahun 2014 hngga ke tahun 2016.
2) Indikator yang kedua ialah Kadar Pengangguran dalam peratusan (%). Kadar penganguran sangat praktikal untuk dijadikan sebagai ukuran ekonomi dan mudah di fahami oleh semua rakyat. Kadar penganguran di Malaysia turut meningkat dari tahun 2014 sehingga 2016. Adakah negara kita berada di tahap ekonomi yang memuaskan dengan berlakunya peningkatan kadar penganguran? Tentu lah tidak. Anda boleh menilainya.
3) BOP Baki Akaun Semasa, % ke atas PNK menunukkan penurunan dari 4.5% ke 2.0%. Apakah tafsirannya? Akaun semasa (BOP) mengukur peruntukan bersih sumber sebenar iaitu barangan, perkhidmatan, pendapatan primer dan sekunder kepada atau daripada seluruh dunia. Lebihan dalam akaun berlaku apabila pendapatan melebihi perbelanjaan, manakala defisit berlaku jika ia sebaliknya. DEfisit dalam akaun semasa mungkin dibiayai oleh aliran masuk pelaburan asing atau pinjaman luar negara atau penggunaandalam aset rizab. Jadi baki akaun semasa Malaysia menunjukan penurunan dari tahun 2014 ke tahun 2016.
4) Eksport Dagangan menunjukkan penurunan yang sangat ketara. Ianya mungkin disebabkan oleh faktor penurunan nilai matawang Malaysia. Salah satu faktor mengapa kadar nilai matawang Malaysia telah menurun ialah disebabkan para pelabur asing tidak lagi berminat untuk melabur atau memperluaskan ekonomi mereka di Malaysia. Jadi, kebanyakkan dai mereka tidak lagi beroperasi di Malaysia dan menyebabkan nilai matawang kita jatuh.
5) Import Dagangan juga menunjukkan penurunan dari tahun 2014 sehingga tahun 2016. Sepertti yang kita tahu, Malaysia telah menetapkan cukai barangan dan perkhidmat. Import dagangan juga terpalit dengan kesan kesan daripada perlaksanaan GST. Dimana cukai akan dikenakan keatas barangan tersebut malah cukai juga di kenakan keatas import duty.
6) Indeks harga pengguna atau IHP (Bahasa Inggeris: Consumer Price Index, CPI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mengukur atau menentukan kadar inflasi. IHP mengukur harga purata barang dan perkhidmatan yang biasanya digunakan oleh isi rumah pada tempoh masa yang ditetapkan. IHP diukur dengan membandingkan purata harga barangan dan perkhidmatan pada tahun asas dengan purata harga barang pada tahun semasa.
Kesan peningkatan indeks harga pengguna ialah harga barang dan perkhidmatan akan meningkat termasuk harga barang keperluan. Peningkatan harga ini turut mempengaruhi harga barang-barang lain. Peniaga atau penjual akan mengambil kesempatan kenaikan harga ini lalu menindas pengguna. Peniaga-peniaga juga akan menyorokkan barang dan akan menjualnya apabila harga naik. Selain itu, rakyat di negara tersebut juga akan mengalami kesukaran hidup akibat kemiskinan. Pengguna akan mengurangkan perbelanjaan malah banyak keperluan harian mereka tidak dapat dipenuhi. Jadi, rakyat terpaksa berhutang untuk berbelanja. Di samping itu, pertumbuhan ekonomi sesebuah negara akan terjejas. Hal ini akan mengakibatkan nilai mata wang negara tersebut susut. Hali ini akan mempengaruhi perdagangan antarabangsa. Malah peluang-peluang pelaburan asing di negara tersebut akan kurang atau pelabur akan menarik balik pelaburan mereka dari negara tersebut.
Jadual di atas bagi tahun 2016 adalah data dari september 2016. Jadi ianya 'bias' atau 'Irrelevant' untuk dibandingkan dengan tahun 2014 dan tahun 2015.
No comments:
Post a Comment