Monday, 31 October 2016

KEMERDEKAAN TANAH MELAYU

( 25 OKTOBER 2016)

Kenapa kemerdekaan Tanah Melayu diawalkan setahun?

  Penubuhan gagasan Malaysia adalah bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. British berjanji akan memberikan kemerdekaan yang lebih awalsekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia. 

  Pergabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di rantau ini dan menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah-wilayah tersebut daripada ancaman kuasa luar. Pemberian kemerdekaan yang lebih cepat dapat mengelakkan hasrat komunis untuk bertapak di Tanah Melayu dan di negeri-negeri yang terlibat. Sekiranya tidk diberi kemerdekaan, British bimbang gagasan Malaysia akan dipengaruhi komunis dan kepentingan ekonomi dan sosial pada masa akan datang akan hilang.

   Melalui penubuhan Malaysia, penjajahan British di Asia Tenggara dapat dihapuskan. Usaha ini seiring dengan ketetapan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1960 yang meminta supaya penjajahan di seluruh dunia ditamatkan melalui Resolusi 1514 (XV).

No comments:

Post a Comment