Tuesday, 1 November 2016

Refleksi Individu - Minggu Kelapan (1 Nov 2016)

NUR SYAFIQA BT DZULKIFLI - 2015136587

Pada minggu ini, saya telah mempelajari tentang pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Jadi, apa yang telah dibincangkan ialah berkaitan konsep pembangunan dari segi Islam dan Barat. Tujuan pembangunan ekonomi di Malaysia adalah untuk membasmi kemiskinan, mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan tahap pendidikan dan lain lain lagi. Kerajaan Malaysia telah menyusun strategi untuk merapatkan jurang ekonomi di antara kaum di Malaysia dengan memperkenalkan pelbagai dasar iaitu Dasar Awam Pertanian, Dasar Awam Perindustrian, Dasar Ekonomi Baru dan lain-lain lagi. Antara salah satu sumbangan terbesar kerajaan adalah dalam pendidikan apabila kerajaan telah memperuntukan sejumlah wang yang besar kepada Institusi Pendidikan Tinggi Awam terutamanya kepada Kaum Bumiputeria iaitu UiTM. Jadi sebagai salah seorang pelajar UiTM saya sangat bersyukur kerana yuran pengajian UiTM adalah paling termurah di Malaysia. Secara tidak langsung ianya telah meringakan beban kedua ibubapa. Justeru itu, saya berazam untuk belajar bersungguh sungguh dan tidak akan menghampakan kedua ibubapa saya dan terutamanya tidak menghampakan usaha kerajaan untuk meningkatkan prestasi pendidikan di Malaysia.

ANIS SHAHIRAH BINTI MOHD SHAHADAN (2015182001)

Pada minggu ini saya telah mempelajari silibus bab 4 iaitu mengenai Pembangunan Ekonomi dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia. Intipati bab ini menceritakan tentang bagaimana negara Malaysia menjalankan proses pembangunan ekonomi sama ada melalui modenisasi ataupun pembaratan. Seperti yang telah kita pelajari dalam bab 3, di awal kemerdekaan sistem pentadbiran dan ekonomi negara masih belum stabil. Jadi kerajaan telah memperkenalkan pelbagai dasar untuk merapatkan jurang pendapatan antara kaum dan membasmi kemiskinan terutama sekali dalam kalangan kaum Melayu. Pembangunan ekonomi mempunyai banyak persamaaan dengan pembangunan ekonomi oleh Rasulullah SAW di mana Rasulullah SAW membentuk piagam Madinah sebagai langkah pertama untuk membangunkan ekonomi. Begitu juga dengan Malaysia yang mewujudkan Perlembagaan Malaysia untuk melancarkan urusan pentadbiran. Selain itu, penubuhan institusi Baitulmal di Malaysia juga selari dengan kaedah pembangunan ekonomi di Madinah. Hal ini menunjukkan bahawa walaupun pada mata kasar kita lihat pembangunan ekonomi di Malaysia lebih kepada pembangunan materialistik namun masih terdapat ciri-ciri Islam yang diterapkan dalam dasar pembangunan ekonomi di Malaysia. Oleh itu saya berazam untuk belajar bersungguh-sungguh dan tidak mengambil sikap sambil lewa terhadap peluang yang telah diberikan oleh kerajaan.

NOR ADLINA BINTI MOHD ZAINURI (2015140593)


Pada hari ini dua sub topik terakhir dalam Tajuk 3, serta topik-topik dalam Tajuk 4: Pembangunan Ekonomi Dalam Konteks Hubungan Etnik di Malaysia, telah dibentangkan. Perkara baru yang telah saya pelajari adalah tentang usaha-usaha kerajaan Malaysia untuk meningkatkan ekonomi. Tujuan utama usaha-usaha ini adalah untuk merapatkan jurang ekonomi dan membasmi kemiskinan di Malaysia. Ini juga untuk menyusun semula rakyat agar setiap kaum ini tidak lagi dilabel berdasarkan pekerjaan. Sebenarnya, usaha-usaha yang ada semuanya adalah untuk membantu kita, kaum Melayu sendiri. Sebagai contoh adalah penubuhan UiTM di mana ianya ditubuhkan khusus untuk membantu orang Melayu dan Bumiputera. Diketahui bahawa yuran kita adalah yang termurah jika dibandingkan dengan universiti lain. Sebahagian besar yuran kita ditanggung oleh kerajaan tetapi sebenarnya dana kerajaan itu adalah hasil daripada kutipan cukai yang dibayar oleh ibu bapa kita sendiri. Jadi, sebagai pelajar di universiti ini, kita sepatutnya bersyukur kerana diberi peluang untuk belajar di UiTM.

Maka dengan itu saya berazam untuk belajar dengan bersungguh-sungguh agar usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan dan segala titik peluh ibu bapa kita berbaloi dan tidak sia-sia.


HIDAYATUL FATIHAH BINTI AHMAD ROSNI - 2015140703

Pada hari ini saya telah mempelajari sebahagian akhir tajuk 3 serta topik 4. Dua tajuk ini menceritakan mengenai pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Saya mendapati kerajaan telah memodensasi taraf kehidupan masyarakat. Modenisasi ialah proses perubahan dalam segala aspek kehidupan, ini harus ditempuhi oleh semua bangsa. Saya juga mengetahui mengapa Malaysia mensasarkan untuk menjadi negara yang maju - supaya tidak dijajah semula. Antara perkara yang dibentangkan ialah usaha-usaha kerajaan membangunkan ekonomi kita. Dengan memperkenalkan dasar-dasar untuk membasmi kemiskinan rakyat. Contohnya, Dasar Awam Pertanian, Dasar Awam Perindustrian, Dasar Ekonomi Baru dan lain-lain.

Maka dengan itu, saya berazam untuk berusaha mengetahui lebih mendalam mengenai usaha kerajaan. Kerana sebelum ini, saya tidak memgambil kisah mengenai hal ehwal kerajaan dan politik. Saya akan mencuba lebih untuk mencari maklumat mengenai semua itu.

NUR SYAZA BINTI ZULKIFLI - 2015182377


Pada minggu ini, saya telah mempelajari bahawa undang-undang jenayah dalam Islam adalah terbahagi kepada tiga iaitu Qisas, Hudud dan Ta’zir. Saya sudah ada pengetahuan mengenai Qisas dan Hudud dan baru mengetahui mengenai Ta’zir di mana ia terleta di bawah budi bicara mahkamah apabila syarat-syarat untuk menjatuhkan hukuman di bawah hudud tidak mencukupi. Saya juga terpukul dengan kata-kata Ustazah di mana kami pelajar UiTM sepatutnya bersyukur dan belajar dengan lebih rajin kerana kami tidak perlu membayar yuran yang tinggi berbanding dengan institusi pengajian tinggi yang lain. Kami perlu lebih bersyukur untuk mendapat peluang melanjutkan di sini kerana tidak tahu sampai bila hak keistimewaan ini yang diberi kepada orang Melayu dan Bumiputera akan bertahan. Oleh dengan itu, saya berazam untuk bersyukur dengan peluang saya yang dapat melanjutkan pelajaran di sini dengan belajar dengan lebih rajin.
 


NUR AIN ADILLA BINTI ISMAIL - 2015134615


Alhamdulillah, pada minggu ini saya telah mempelajari tentang undang –undang dalam syariat Islam. Selain itu, saya turut memelajari perbandingan piagam Madinah dan perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia mempunyai banyak ciri-ciri piagam Madinah kerana majority penduduk di Malaysia adalah beragama Islam. Seterusnya, saya juga mempelajari tentang pembangunan eknomi dan juga dasar- dasar yang telah diperkenalkan di Malaysia. Salah satu dasar yang ada adalah dasar penswastaan. Dasar tersebut adalah di mana kerajaan tidak lagi menanggung kos untuk badan-badan tertentu kerana telah diswastakan kepada pihak lain. Jadi, kerajaan dapat mngurangkan beban kewangan dan salurkan ke bahagian lain. Misalnya, kepada bahagian pendidikan di mana kita dapat lihat dengan jelas, pelajar Uitm dapat merasai kesenangan tersebut kerana yuran pengajiannya yang jauh lebih rendah. Namun, duit  tersebut sebenarnya duit rakyat Malaysiayang dikutip melalui cukai, contohnya.


Dengan mengetahui hal tersebut, saya berazam untuk belajar bersungguh-sungguh. Hal ini kerana, secara tidak langsung, saya sedang memegang amanah yang diberikan oleh rakyat Malaysia untuk belajar. 


 AIDA RASYIQAH BINTI MANSOR - 2015116229

Pada minggu ini, saya telah mempelajari bahawa sesungguhnya Islam itu amat berkait rapat dengan kehidupan seharian kita, dan Islam itu juga perlu berkait dengan nabi jita, Rasulullah S.A.W.. Oleh itu, kehidupan sseharian kita seharusnya mengamalkan nilai-nilai yang telah dianjurkan oleh Islam seiring dengan sifat Islam yang syumul iaitu menyeluruh. Oleh itu, secara spesifiknya, minggu ini saya belajar bahawa pemipin Islam seharusnya mengambil Rasulullah S.A.W. sebagai idola atau menjadikan baginda sebagai contoh dalam memimpin negara atau persatuan-persatuan yang lebih kecil. Hal ini demikian kerana, sebagaiman kita seharusnya mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian kita, baginda Rasulullah adalah contoh terbaik dalam memipin.

Oleh dengan itu, saya berazam untuk mengamalkan ciri-ciri yang dianjurkan Islam dan mengambil Rasulullah S.A.W. sebagai contoh dalam kehidupan seharian.

No comments:

Post a Comment