Sunday, 23 October 2016

PENGARUH HINDU DAN BUDDHA KE ATAS MASYARAKAT MELAYU AWAL


Image result for pengaruh hindu buddha dalam melayu awal

Umum mengetahui bahawa Alam Melayu menerima pendedahan dan dipengaruhi beberapa kebudayaan yang datang dari luar seperti Hindu, Buddha dan Islam. Ada yang berpendapat bahawa pengaruh Hindu Buddha hanya berlaku pada lapisan atas masyarakat Melayu iaitu golongan pemerintah dan bangsawan sahaja dan tidak menyerap ke segenap lapisan bawahan masyarakat Melayu yang masih mengamalkan kepercayaan animism dan dinamisme. 

Menurut Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Islamlah yang banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat tempatan sedangkan pengaruh Hindu dan Buddha tidak memberi kesan besar dalam kehidupan mereka dan pendapat ini berasaskan hakikat bahawa jarang sekali terdapat penggunaan nama berunsur Hindu dan Buddha dalam kalangan rakyat biasa. Kitab-kitab pula tiada yang membincangkan idea besar seperti falsafah, ketuhanan, metafizik dan sebagainya berasaskan Hinduisme dan Buddhisme dalam Alam Melayu sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Jawa. Yang ada hanyalah kitab bersifat kesenian terutamanya dalam Bahasa Jawa. 

Beliau tidak menafikan bahawa wujudnya pengaruh Hindu dan Buddha dalam budaya dan adat resam orang Melayu seperti adat istiadat perkahwinan orang Melayu yang dipengaruhi kebudayaan India yakni peralatan seperti bunga manggar, bunga telur serta acara bersanding. Penggunaan nama-nama Hindu seperti Ramayana, Hanuman dan Sita Dewi dalam wayang kulit pula sangat terkenal dalam kalangan orang Melayu.

Tambahan pula, berdasarkan artikel Antara Islam dan Hinduisme di Alam Melayu:Beberapa Catatan Pengkaji Barat oleh Mohd Zariat Abdul Ghani, pengkaji Barat N.J. Krom dan Bernard H.M. Vlekke turut hanya mengatakan bahawa pengaruh Hindu dalam Alam Melayu ini terserlah dalam bidang kesenian terutamanya melalui monumen, candi serta seni wayang, walaupun mereka kurang bersetuju dengan pendapat Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang mengatakan Islam lebih banyak mempengaruhi Alam Melayu, dan mengatakan kehadiran Hinduisme membawa perubahan yang lebih signifikan dalam sejarah dan kebudayaan Melayu. 


Image result for susun lapis pelantikan pegawai kerajaan zaman awal

Image result for adat bersanding

Image result for adat berinai


No comments:

Post a Comment