Sunday, 23 October 2016

BUKTI KEHARMONIAN MASYARAKAT MAJMUK PADA ZAMAN MELAYU MELAKA




Berikan 5 bukti yang menunjukkan keharmonian masyarakat majmuk pada zaman Melayu Melaka



  1. Wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.
  2. Bahasa Melayu telah berkembang dan menjadi bahasa lingua-franca di kawasan Kepulauan Melayu yang mampu bersaing dengan bahasa lain di dunia selain menjadi bahasa ilmu dan bahasa pengantara pedagang yang singgah di Melaka.
  3. Selat Melaka menjadi pelabuhan entreport dan berjaya menarik ramai pedagang kerana adanya Undang-Undang Laut Melaka yang membuat mereka merasa selamat untuk berdagang di situ kerana tiada ancaman lanun.
    Pelabuhan Sabang
  4. Para pedagang yang datang ke pelabuhan Selat Melaka tidak memerlukan passport dan visa pengenalan diri untuk berdagang.
  5. Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan telah dibuka kepada semua etnik seperti di dalam sejarah Raja Mendeliar, seorang yang berketerunan India pernah dilantik memegang jawatan penting di dalam istana.

No comments:

Post a Comment