Sunday 30 October 2016

PERBANDINGAN PIAGAM MADINAH DAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Analisiskan perbandingan antara Piagam Madinah dan Perlembagaan Malaysia


  • Persamaan:
1.       Kebebasan beragama.
a.       Di dalam Piagam Madinah, di bawah fasal 25 menyatakan bahawa kaum Yahudi dan Bani Auf adalah satu ummah bersama orang mukmin. Mereka bebas untuk beragama dengan agama mereka sendiri.
b.       Di dalam Perlembagaan Malaysia pula, walaupun Perkara 3 telah menggariskan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, tetapi Perkara 11 menyatakan agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
2.       Jaminan Hak Asasi Kemanusiaan
a.       Fasal 16, Piagam Madinah, menyatakan orang Yahudi yang menyertai kita (orang Islam) hendaklah mendapatkan pertolongan dan pimpinan dengan tidak menzalimi dan tidak boleh ada pakatan tidak baik terhadap mereka. Selain itu, Fasal 40 pula menyatakan bahawa jiran tetangga hendaklah diperlakukan sebagai diri sendiri, tidak boleh dilakukan terhadapnya sebarang bahaya dan dosa. Fasal 41 menyatakan larangan menghampiri sebarang kehormatan wanita melainkan dengan izin keluarganya.
b.       Perkara 8, Perlembagaan Malaysia, menyatakan semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyatanya oleh perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam perlantikan kepada apa-apa jawatan dan tidaklah boleh ada pembezaan bagi faedah seseorang oleh sebab ia seorang rakyat Raja bagi mana-mana negeri.
3.       Ketaatan kepada pemimpin
a.       Piagam Madinah memperuntukkan di dalam Fasal 23, walau bagaimana sekalipun kamu berbalah hendaklah merujukkan perkara itu kepada Allah dan Nabi Muhammad S.A.W.
b.       Perlembagaan Malaysia pula memperuntukkan di dalam Perkara 3, dalam tiap-tiap negeri selain negeri-negeri yang tidak mempunyai raja, ketua agama Islam adalah raja manakala Yang Dipertuan Agong menjadi ketua agama Islam bagi negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan juga wilayah-wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).
4.       Hak mendapat perlindungan daripada kezaliman
a.       Dalam Piagam Madinah, hak rakyat dijamin dibawah undang-undang qisas (hukaman balas) tidak kira sama ada orang yang melakukan kesalahan dan kezaliman itu dari kaum keluarga sendiri.
b.       Pelembagaan Malaysia pula menyatakan hak keselamatan rakyat jatuh dibawah tanggungjawab Yang Dipertuan Agong untuk melindungi rakyat Malaysia daripada kezaliman dalaman manakala tugas perundangan pula dipertanggungjawabkan ke atas mahkamah tinggi  termasuk memastikan kesahihan pertuduhan agar yang tertuduh tidak dianiaya.

  • Perbezaan

PERBEZAAN
PIAGAM MADINAH
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PENGASAS
Nabi Muhammad S.A.W
Suruhanjaya Reid
PRINSIP ASAS
Al-Quran adalah sumber tertinggi negara, Allah dan Rasulullah S.A.W sebagai sumber rujukan utama
Perlembagaan ini adalah sumber undang-undang tertinggi yang berasakan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Pelembagaan Kemerdekaan 1957
TUJUAN DIGUBAL
Untuk menjaga kesejahteraan ummah termasuk hubungan antara umat Islam dan bukan Islam
Untuk menuntut kemerdekaan
FASAL/PERKARA
47 Fasal:
23 fasal -  hak-hak untuk umat Islam
24 fasal – hak-hak untuk bukan Islam
183 Perkara
 

AL-QURAN - Sumber tertinggi Piagam Madinah

1 comment: