Sunday, 30 October 2016

Refleksi Individu - Minggu Ketujuh (25 Oct 2016)

NUR SYAFIQA BT DZULKIFLI - 2015136587


Pada minggu ini saya telah mempelajari tentang perlembagaan di Malaysia, Malayan Union,  Kontrak Sosial. Apa yang saya boleh katakan mengenai tiga perkara tersebut ialah masyarakat di Tanah Melayu pada ketika ini sangat bersatu padu dan mempunyai semangat untuk menentang pihak British yang sangat kuat. Tambahan pula, hubungan antara Raja-Raja Melayu dan rakyat adalah erat dan saling bekerjasama untuk menuntut kemerdekaan. Itu merupakan perjuangan pada zaman dahulu. Perjuangan pada zaman sekarang ialah melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang rakyat yang prihatin dan peka terhadap keadaan sekelililing. Yang paling utama sekali ialah berkaitan dengan politik di Malaysia. Adalah menjadi satu kewajipan kepada rakyat untuk keluar mengundi dan memilih pemimpin yang berwibawa. Sebelum mengundi adalah wajar bagi rakyat untuk menganalisa dahulu objektif dan ideologi yang dibawa oleh setiap parti. Jadi saya berazam untuk membuat keputusan yang betul sebelum mengundi supaya pemimpin yang dipilih dapat membawa keamaan kepada Malaysia.


ANIS SHAHIRAH BINTI MOHD SHAHADAN - 2015182001

Pada minggu ini , kelas diteruskan lagi dengan penerangan mengenai perlembagaan persekutuan. Apakah fungsi perlembagaan dalam membentuk negara Malaysia dan kesannya kepada pluraliti masyarakat di Malaysia? Secara kesuluruhannya dapat saya simpulkan bahawa perlembagaan yang kita ketahui sekarang merupakan kunci kepada Kemerdekaan Malaysia daripada British dan juga merupakan bukti kepada penerimaan rakyat ke atas konsep masyarakat majmuk. Selain itu, Perlembagaan Persekutuan juga penting bagi menjelaskan hak orang Melayu dan orang Bukan Melayu. Hal ini bukan saja dapat mengehadkan campur tangan mengenai isu unsur tradisi malah membantu menjalankan pentadbiran dengan licin kerana semua orang dapat memahami hak mereka. Di samping itu, saya juga dapat memahami tentang peristiwa Malayan Union dengan lebih jelas. Peristiwa ini juga merupakan pencetus semangat orang Melayu dalam menuntut kemerdekaan. Hal ini kerana Malayan Union merupakan satu perjanjian yang sangat tidak adil dan mengongkong kebebasan rakyat. Tambahan pula , cara Sir Harold MacMichael meminta persetujuan Raja Melayu melalui ugutan telah menambahkan lagi kemarahan orang Melayu. Peristiwa Malayan Union ini membuktikan betapa hebatnya orang Melayu jika mereka bersatu padu. Semangat cintakan negara dan perpaduan antara rakyat inilah yang kita perlukan bagi memastikan adat Melayu tidak terhapus dek zaman. 

Oleh itu, saya berazam untuk memelihara adat Melayu dan meningkatkan semangat patriotisme melalui penghayatan ke atas konsep kemerdekaan itu sendiri. Merdeka bukan hanya bermakna kita bebas daripada penjajah tetapi pentingnya untuk kita untuk memahami siapa diri kita sebenarnya. Apa kehebatan yang ada pada orang Melayu sehingga mereka dapat menuntut kemerdekaan? Apakah keunikan adat dan budaya yang membezakan kita daripada bangsa lain? Janganlah kita terlalu terikut-ikut dengan trend semasa sehingga terhakis identiti diri sendiri.


NUR SYAZA BINTI ZULKIFLI - 2015182377
  

Pada minggu ini, saya telah mempelajari bahawa sejarah orang Melayu begitu hebat sehingga telah dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu dan betapa kuatnya semangat orang Melayu dalam untuk menuntut kebebasan daripada pegangan penjajah terutama sekali melalui peristiwa penentangan Malayan Union. Saya juga telah menyedari betapa ceteknya ilmu saya mengenai sejarah bumi Malaysia yang tercinta ini sehingga tidak mengetahui bahawa banyaknya pengembangan agama Islam bermula daripada bumi Nusantara ini. Saya juga menyedari bahawa betapa rendahnya semangat patriotisme dan semangat perpaduan masyarakat Melayu kini termasuk diri saya sendiri berbanding masyarakat dahulu yang bersatu padu menentang penindasan dan ketidakadilan penjajah British. Selain itu, saya baru mempelajari bahawa setiap parti politik perlu mempunyai perlembagaan parti untuk setiap parti dan kepentingan golongan masyarakat berilmu untuk menjalankan tanggungjawab untuk mengundi =). Oleh dengan itu, saya berazam untuk menambahkan pembacaan saya mengenai sejarah Melayu dan mengaitkan dengan perkembangan agama Islama pada masa yang sama. Saya juga berazam untuk mengkaji dengan lebih teliti perlembagaan parti-parti politik yang ada di Malaysia dan menjalankan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia.

NUR AIN ADILLA BINTI ISMAIL- 2015134615

Alhamdulillh, pada minggu ini, saya telah mempelajari  berkenaan konsep perlembagaan di Malaysia, mengapa british  ingin melaksanakan Malayan Union, mengapa orang Melayu menentang Malayan Union, rombongan London, kontrak sosial dan sebagainya. Saya tertarik dengan penerangan ustazah di mana, sebagai pengundi, kita perlu mencari sebanyak mungkin maklumat berkenaan dengan pihak yang mahu di undi. Hal ini kerana, mereka lah yang akan mencorakkan pimpinan dalam negara kita. Walaupun perlembagaan adalah yang tertinggi ,perlembagaan juga masih boleh di ubah selagi tidak menyentuh Perkara 3, 152, 153 dan 8. Oleh sebab itu, semua rakyat wajib mengambil bahagian untuk mengundi dan tidak membuat undian rosak.  Namun, seandainya kita sudah membuat pilihan terbaik tetapi pihak yang di undi tidak menjalankan tugas seperti yang kita jangkakan, usah bimbang. Pihak tersebut tidak akan terlepas dengan hukuman Allah S.W.T.

Oleh sebab saya sudah mendaftar sebagai pengundi, saya berazam untuk mencari maklumat dahulu berkenaan parti-parti yang ada di Malaysia sebelum mengundi. Selain itu, tidak merosakkan undian dan mengundi satu-satu parti bukan disebabkan ibu bapa. In Sha ALLAH!


HIDAYATUL FATIHAH BINTI AHMAD ROSNI -2015140703

Pada minggu ini saya telah mempelajari mengenai perlembagaan. Kesimpulannya, pelembagaan itu undang-undang tertinggi di Malaysia kerana ia mampu membuat sekatan keatas kuasa YDPA. Perlembagaan dapat menjamin kestabilan politik, menjaga keharmonian kaum, melindungi hak istimewa orang melayu dan lain-lain. Seterusnya, saya juga mengetahui mengenai sejarah Malayan Union lebih mendalam. Saya baru tahu mengenai kekuatan orang melayu ketika zaman dahulu. Kesepaduan dalam bersatu menentang penjajah amat memberi kesan kepada saya. Selain itu, Perkara 3, 11, 152, 153, 38, dan 160 juga dijelaskan oleh Ustazah kepada kami.

Dengan itu, saya berazam untuk mempertahankan negara kita dari dijajah dari segi pemikiran, agama dan lain-lain. In shaa Allah saya berusaha ubah diri saya untuk menjadi rakyat yang lebih bertanggungjawab  menjaga negara kita ini.


NOR ADLINA BINTI MOHD ZAINURI - 2015140593

Pada hari ini sesi pembentangan Topik 3 yang merupakan jantung kepada silibus ini telah disambung semula. Saya telah mempelajari tentang sejarah perjuangan orang-orang Melayu dahulu untuk mendapatkan kemerdekaan dan bertapa hebatnya orang-orang Melayu ini sehingga boleh menyebabkan Malayan Union dibatalkan serta merta dan menyebabkan British, penjajah yang berkuasa besar, dipandang rendah oleh penjajah-penjajah yang lain disebabkan perkara ini. Saya juga telah mempelajari tentang perlembagaan, yang merupakan kuasa paling tinggi, sehinggakan YDPA juga terletak dibawahnya. Namun, perlembagaan boleh digubal oleh Dewan Rakyat di mana ia berdasarkan suara rakyat. Ini menunjukkan betapa hebatnya suara rakyat ini jika disalurkan ke arah yang betul dan sangat penting untuk kita sebagai rakyat di negara ini untuk cakna dan mempunyai ilmu tentang perkara-perkara ini.


Maka dengan itu saya berazam untuk lebih mengambil tahu tentang perkembangan-perkembangan semasa tentang negara Malaysia ini dan mengambil peduli tentangnya serta berusaha menjadi rakyat Malaysia yang lebih bertanggungjawab.

AIDA RASYIQAH BINTI MANSOR - 2015116229

Pada minggu ini, saya telah mempelajari bahawa di dalam parlimen Malaysia terdapat dua jenis dewan iaitu dewan rakyat dan dewan negara.  Di dalam dewan negara, ahli parlimen mempunyai kuasa untuk mengubah undang undang negara tetapi tertakluk pada Perlembagaan Malaysia. Di dalam dewan rakyat, rakyat mempunyai kuasa untuk mengundi, seiring dengan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia. Suara rakyat mempunyai kuasa dalam pentadbiiran negara, malah pengubalan undang-undang tidak akan diteruskaan jika rakyat tidak bersetuju. Oleh itu, setiap 5 tahun sekali, ketika pilihan raya umum dijalankan, rakyat Malaysia hendaklah menjalankan kewajipan sebagai rakyat Malaysia dan memilih suara rakyat yang betul. Melalui kaedah ini, suara rakyat dapat didengari dan memilih pemimpin yang dirasakan berkelayakan untuk terus memipin Malaysia.

Maka dengan itu, saya berazam untuk sentiasa menjalankan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia dengan menyuarakan suara melalui saluran yang betul, kerana saya sedar bahawa saya adalah salah seorang rakyat yang seharusnya terus mendukung Malaysia.

No comments:

Post a Comment