NUR SYAFIQA BT DZULKIFLI - 2015136587
Pada minggu ini saya telah
mempelajari ayat kefaham surah al hujurat ayat 8-13. Berdasarkan ayat tersebut,
apa yang saya dapat ialah setiap mu’min ini adalah bersaudara. Untuk menjadi
seorang mukmin yang sejati, hati setiap insan perlu besatu dalam hidup bermasyarakat
agar tiada sebarang pergaduhan, perselisihan faham, bersangka buruk antara satu
sama lain supaya kita dapat hidup dalam kondisi yang tidak berpuak-puak dan
bersifat assabiyyah.
Jadi, saya nekad dan berazam untuk tidak merendahkan orang lain dari segi harta, pangkat, rupa paras dan segala jenis perkara yang membezakan setiap individu. Hal ini demikian kerana, yang membezakan setiap manusia di sisi Allah ialah ketaqwaan. Tambahan pula, sisa sisa masa hidup kita di dunia ini hanyalah untuk beribadah kepada Allah, dan bukannya untuk mencari kepuasan manusia agar disanjung tinggi. Pangkat, harta, rupa paras kesihatan dan lain lain lagi merupakan pinjaman sementara buat kita di dunia supaya kelebihan yang dimiliki itu dapat menjerumuskan kita untuk berbuat kebaikan kerana Allah S.W.T. Saya juga berazam untuk bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh Allah S.W.T.
NUR AIN ADILLA BT ISMAIL - 2015134615
Alhamdulillah, pada minggu ini saya telah mempelajari perincian
surah al-hujurat ayat 6-13. Secara ringkasnya, Allah telah berikan garis
panduan tentang cara pergaulan yang baik dalam masyarakat yang terdiri daripada
pelbagai bangsa dan agama. Antarnya ialah, jauhi prasangka buruk terhadap orang
lain, jangan cari kesalahan orang lain, jangan mengumpat, damaikan dua orang
yang bergaduh, jangan mencemuh orang lain dan jangan memanggil orang lain
dengan panggilan buruk.
Dengan
ini, saya berazam untuk cuba menjadi pendamai
dan bersikap ambil tahu kerana sebelum ini, apabila kawan lain
menceritakan pergaduhan mereka, saya lebih suka menjadi pendengar bukan pemberi
nasihat. Kata ustazah, orang yang begitu lebih menyayangi diri sendiri. “biar
orang tidak suka kita apabila kita membuat kebaikan,jangan bimbang dan
takut kerana nama kita sedang
disebut-sebut di atas sana”.
HIDAYATUL FATIHAH BINTI AHMAD ROSNI- 2015140703
Pada hari ini saya telah mempelajari mengenai terjemahan surah al-Hujarat. Sambungan kepada ayat 6 dan 7. Ayat 8 menceritakan tentang nikmat terbesar yang diterima seorang umat itu ialah Rasulullah saw. selain iman, ilmu dan petunjuk. Ayat 9 pula menjelaskan mengenai damaikan pihak yang bergaduh. Disini saya mempelajari tidak salah untuk "menipu" bagi mendamaikan dua pihak tersebut. Seterusnya ayat 10 menerangkan orang mukmin itu BERSAUDARA. Apabila kita bertaqwa kepada Allah, Allah mengurniakan rahmat yang tidak terhingga kepada kita. Ayat 11 pula, Allah melarang umatnya untuk tidak mencemuh, mengaibkan dan membuat keburukan kepada orang lain. Kerana itu memaparkan keburukan hati kita sendiri. Selain itu, jauhilah prasangka buruk kerana itu sebahagian besar daripada dosa. Perkataan "KALAU" itu boleh membuka pintu penyesalan dan kesannya syaitan akan rasa puas atas itu-ayat 12. Akhir sekali, Allah menegaskan MULIA itu ialah orang yang berTAQWA.
Maka, dengan ini saya berazam untuk lebih memahami ayat-ayat suci AL-QURAN dimana AL-QURAN itu sendiri dapat membimbing dan mengenali lebih mendalam agama Islam. Saya akan cuba mengambil inisiatif untuk mempelajari lebih ayat dan terjemahan surah-surah AL-QURAN.
ANIS SHAHIRAH BINTI MOHD SHAHADAN - 2015182001
Pada hari ini Ustazah meneruskan perbincangan mengenai Surah al-Hujurat bermula dari ayat 6 dan 7 yang telah dibincangkan minggu lepas. Ustazah mengupas kembali maksud kedua-dua ayat tersebut sebelum menghabiskan perbincangan ayat 8-13. Daripada ayat-ayat tersebut saya dapat memahami cara yang telah ditetapkan dalam Islam untuk menjaga hubungan sesama manusia. Antara cara yang penting ialah perlunya kita berakhlak baik samada sesama Islam mahupun ke atas kaum dan bangsa lain.Selain itu, kita juga perlu menambahkan ilmu pengetahuan kita mengenai Rasulullah SAW kerana Nur Muhammad merupakan kunci kepada keimanan. Setelah selesai membincangkan terjemahan ayat maka tamatlah Bab 1. Bab 2 Sejarah Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu diteruskan dengan penerangan daripada rakan-rakan mengenai definisi pluraliti dan pluralistik serta Kerajaan Melayu Awal.
Berdasarkan perbincangan pada minggu ini saya berazam untuk mengamalkan tatacara pergaulan dalam Islam yang betul terutama sekali kepada orang yang berlainan agama kerana orang dapat menilai diri kita melalui perlakuan kita terhadap orang lain. Selain itu ia juga akan memberi kesan kepada pandangan mereka mengenai Islam.
NUR SYAZA BINTI ZULKIFLI - 2015182377
NOR ADLINA BINTI MOHD ZAINURI - 2015140593
Pada hari ini, saya telah mempelajari tentang terjemahan
surah al-Hujurat ayat 8 hingga 13 (bersambungan dari minggu lepas). Dalam ayat
8, Allah menyebut bahawa Rasulullah s.a.w adalah sebesar-besar nikmat bagi umat
manusia, di mana ayat ini merujuk kepada ayat 7. Bagi ayat 9 hingga 12 pula, ayat-ayat
ini keseluruhannya tertumpu kepada orang mukmin, di mana Allah menyuruh kita
untuk mendamaikan dua saudara yang bergaduh; tidak mancemuh orang lain lantas
mengaibkan diri sendiri; menjauhi prasangka buruk kerana sebahagian besar dari
sangka buruk itu adalah dosa; tidak mengintip kesalahan orang; dan jangan
mengumpat kerana ia umpama memakan daging mayat. Ayat 13 pula ditujukan kepada
seluruh umat manusia, di mana Allah menyuruh kita untuk saling berkenal-kenalan
kerana pengenalan tentang manusia akan membawa kepada pengenalan tentang Allah.
Ayat ini juga membuktikan bahawa al-Quran bukan hanya diturunkan untuk orang
Islam, bahkan ia adalah untuk semua umat manusia. Selain daripada itu, sesi pembentangan daripada rakan-rakan sekelas juga telah bermula di mana mereka telah membentangkan beberapa sub-topik awal dalam Topik 2: Pluraliti Masyarakat Alam Melayu Dalam Sejarah, seperti definisi pluraliti dan pluralistik, dan kerajaan melayu awal.
Maka dengan itu saya berazam untuk tidak berdiam diri dan
bertindak sewajarnya sekiranya terdapat dua orang/rakan yang sedang bergaduh, menjauhi
dari bersangka buruk terhadap orang lain, dan cuba untuk mengenali mereka yang berlainan bangsa mahupun agama.
HIDAYATUL FATIHAH BINTI AHMAD ROSNI- 2015140703
Pada hari ini saya telah mempelajari mengenai terjemahan surah al-Hujarat. Sambungan kepada ayat 6 dan 7. Ayat 8 menceritakan tentang nikmat terbesar yang diterima seorang umat itu ialah Rasulullah saw. selain iman, ilmu dan petunjuk. Ayat 9 pula menjelaskan mengenai damaikan pihak yang bergaduh. Disini saya mempelajari tidak salah untuk "menipu" bagi mendamaikan dua pihak tersebut. Seterusnya ayat 10 menerangkan orang mukmin itu BERSAUDARA. Apabila kita bertaqwa kepada Allah, Allah mengurniakan rahmat yang tidak terhingga kepada kita. Ayat 11 pula, Allah melarang umatnya untuk tidak mencemuh, mengaibkan dan membuat keburukan kepada orang lain. Kerana itu memaparkan keburukan hati kita sendiri. Selain itu, jauhilah prasangka buruk kerana itu sebahagian besar daripada dosa. Perkataan "KALAU" itu boleh membuka pintu penyesalan dan kesannya syaitan akan rasa puas atas itu-ayat 12. Akhir sekali, Allah menegaskan MULIA itu ialah orang yang berTAQWA.
Maka, dengan ini saya berazam untuk lebih memahami ayat-ayat suci AL-QURAN dimana AL-QURAN itu sendiri dapat membimbing dan mengenali lebih mendalam agama Islam. Saya akan cuba mengambil inisiatif untuk mempelajari lebih ayat dan terjemahan surah-surah AL-QURAN.
ANIS SHAHIRAH BINTI MOHD SHAHADAN - 2015182001
Pada hari ini Ustazah meneruskan perbincangan mengenai Surah al-Hujurat bermula dari ayat 6 dan 7 yang telah dibincangkan minggu lepas. Ustazah mengupas kembali maksud kedua-dua ayat tersebut sebelum menghabiskan perbincangan ayat 8-13. Daripada ayat-ayat tersebut saya dapat memahami cara yang telah ditetapkan dalam Islam untuk menjaga hubungan sesama manusia. Antara cara yang penting ialah perlunya kita berakhlak baik samada sesama Islam mahupun ke atas kaum dan bangsa lain.Selain itu, kita juga perlu menambahkan ilmu pengetahuan kita mengenai Rasulullah SAW kerana Nur Muhammad merupakan kunci kepada keimanan. Setelah selesai membincangkan terjemahan ayat maka tamatlah Bab 1. Bab 2 Sejarah Pluraliti Masyarakat di Alam Melayu diteruskan dengan penerangan daripada rakan-rakan mengenai definisi pluraliti dan pluralistik serta Kerajaan Melayu Awal.
Berdasarkan perbincangan pada minggu ini saya berazam untuk mengamalkan tatacara pergaulan dalam Islam yang betul terutama sekali kepada orang yang berlainan agama kerana orang dapat menilai diri kita melalui perlakuan kita terhadap orang lain. Selain itu ia juga akan memberi kesan kepada pandangan mereka mengenai Islam.
NUR SYAZA BINTI ZULKIFLI - 2015182377
Pada hari
ini, Ustazah menyambung perbincangan surah Al-Hujraat ayat 8-13. Ayat 8
menegaskan Rasulullah telah membawa nikmat kepada umat manusia di mana
nikmat-nikmat itu dari segi iman, ilmu dan petunjuk, tanpa nikmat–nikmat ini
manusia akan hidup dalam kejahilan. Ayat 9 menerangkan bahawa sebagai seorang
yang beriman, kita perlu mendamaikan dua yang bergaduh. Ayat 10 juga menegaskan
bahawa semua orang mukmin adalah saudara jadi damaikan saudara yang berselisih
dan bertaqwa kepada Allah. Ayat 11 merupakan larangan Allah di mana kita
dilarang untuk mencemuh arang lain kerana ia akan mengaibkan diri kita sendiri
apabila kita menzahirkan kelemahan kita yang suka mencemuh orang. Allah juga
telah melarang kita dari mengelarkan orang dengan gelaran yang buruk.
Larangan-larangan ini adalah salah satu tanda orang-orang fasik maka Allah
menyuruh orang-orang beriman untuk kembali bertaubat supaya tidak melaku zalim
kepada diri sendiri. Di dalam ayat ke-12 pula Allah melarang orang-orang
beriman untuk tidak berprasangka buruk kepada orang, mencari dan mengumpat
kesalahan orang lain. Allah juga menegaskan untuk kita bertaqwa kepada-Nya. Di
dalam ayat ke-13, Allah telah menyeru seluruh umat manusia untuk saling
mengenali dan mempelajari nilai-nilai yang baik dari bangsa yang lain. Sebagai
contoh, masyarakat Arab amat memuliakan tetamu dan menepati waktu. Pada minggu
ini juga, Ustazah telah memulakan perbentangan daripada kumpulan-kumpulan untuk
bab 2. Apa yang dapat dilihat adalah pada zaman Alam Melayu lagi, telah wujud
plurality di mana masyarakat berbilang kaum hidup di dalam keadaan majmuk dan
harmoni. Maka dengan itu, saya berazam untuk tidak melakukan apa yang dilarang
oleh Allah dan sentiasa bertaubat apabila melakukan sebarang larangan-Nya. Saya
juga berazam untuk mengenali kaum-kaum yang ada di bumi Malaysia ini dan
mengambil nilai- nilai yang baik dari mereka dan terapkan dalam kehidupan saya.
AIDA RASYIQAH BINTI MANSOR - 2015116229
Pada minggu ini, saya telah mempelajari untuk menjadi seseorang yang akan mencari -cari kesalahan orang lain. Niat kita mungkin sekadar untuk menjauhkan perkara -perkara yang mungkar atau sebagai amal makruf dan nahi mungkat, tetapi tidak sedar bahawa perbuatan mencari kesalahan orang lain adalah salah. Perkara ini dibuktikan dalam Surah Al- Hujurat, ayat ke-12. Hal ini demikian kerana, beperasangka buruk kepada seseorang adaalah tidak betul dan boleh membuka pintu dosa. Di samping itu dalam ayat ini ada turut diceritakan untuk tidak mengumpat orang lain kerana perbuatan ini ibarat memakan daging saudara sendiri.
Maka dengan itu, saya berazam untuk mengadili orang lain hanya dengan apa yang kita nampak dengan mata kita sendiri dan berasakan bukti yang kukuh. Menjauhkan diri mempunyai kebiasaan mencari-cari kesalahan orang lain sehingga sanggup melanggar hal orang lain. Selain itu, Saya berazam untuk tidak bercakap buruk mengenai orang lain.

No comments:
Post a Comment