Saturday 17 September 2016

Refleksi Individu - Minggu Pertama (6 Sept 2016)

ANIS SHAHIRAH BINTI MOHD SHAHADAN - 2015182001

Pertama kali saya memasuki kelas Ustazah Mahfuzah saya diberi penerangan mengenai silibus yang terkandung dalam kod kursus CTU 555 serta rangka kerja keseluruhan semester. Ustazah juga ada memberi tips mengenai adab belajar dan langkah- langkah yang boleh diamalkan supaya ilmu yang diperolehi mendapat berkat. Antara perkara yang paling penting dalam mendapat keberkatan ialah sentiasa membetulkan niat bahawa segala sesuatu yang kita lakukan adalah demi Allah. Ustazah turut memberitahu cara yang betul untuk memulakan pembelajaran iaitu dengan beristigfar, berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan bertahmid sebelum membaca doa supaya majlis ilmu akan berlangsung dengan lancar dan memperoleh keberkatan.


NUR SYAZA BINTI ZULKIFLI - 2015182377


Pada hari ini, saya telah diperkenalkan kepada pensayarah yang akan mengajar subjek CTU555, iaitu Ustazah Mahfuzah binti Mohammed Zabidi. Beliau telah mendedahkan kepada para pelajar tentang silibus yang akan dipelajari dan juga bagaimana subjek ini dinilai sepanjang semester ini. Kami dikehendaki membentuk kumpulan masing-masing yang terdiri daripada enam atau tujuh orang untuk satu kumpulan. Oleh itu, saya telah menanamkan azam dalam diri supaya untuk sentiasa memberi perhatian terhadap apa yang disampaikan di dalam kelas. Saya juga telah memasang tekad supaya bekerja keras untuk mendapat A bagi subjek ini.


NUR SYAFIQA BT DZULKIFLI - 2015136587

Pada minggu ini Ustazah Mahfuzah memulakan kelas dengan menerangkan adab-adab membaca doa dan menuntut ilmu.  Kemudian  ustazah telah memulakan sesi ta’aruf bersama pelajar tentang silibus CTU555 dan kerja-kerja berkumpulan. Sesi pembelajaran akan bermula pada minggu seterusnya.


NOR ADLINA BINTI MOHD ZAINURI - 2015140593

Pada hari ini kami telah berkenalan dengan Ustazah Mahfuzah, pensyarah yang akan bersama-sama dengan kami di dalam kelas CTU555 Sejarah Malaysia selama 14 minggu. Ustazah Mahfuzah telah memberi penerangan mengenai proses pembelajaran dan penilaian untuk subjek ini. Ustazah juga mengajar kami untuk beristighfar, berzikir, berselawat, membaca al-Fatihah dan membaca doa belajar sebelum sesi pembelajaran dimulakan. Di samping itu, ustazah juga menasihati kami untuk memulakan dalam melakukan sesuatu perkara dengan membaca Bismillah dan mengingati Allah kerana setiap hal yang kita lakukan semuanya akan berbalik kepada hubungan kita dengan Allah.

Maka dengan itu saya berazam untuk membiasakan diri saya untuk melafazkan Bismillah atau sebaik-baiknya membaca doa sebelum melakukan sesuatu perkara.



HIDAYATUL FATIHAH BINTI AHMAD ROSNI-2015140703

Pada minggu pertama, kami telah diberi penerangan atau lesson plan untuk subjek CTU 555. Ustazah Mahfuzah, pensyarah kami telah mengajar pelajarnya untuk mulakan kelas dengan istighfar, berselawat dan membaca doa belajar. Bagi saya ini amat penting agar kita mendapat rahmat dan keberkatan Allah SWT. In shaa Allah kita akan lebih terang hati dan mudah mengingati ilmu yang disampaikan kepada kita dari pensyarah dan kawan-kawan. Ustazah juga sentiasa mengingatkan kami untuk sentiasa membetulkan niat kita, untuk belajar hanya kerana Allah SWT. Ini kerana hati kita sentiasa berbolak-balik.

Maka itu, saya berazam untuk memulakan setiap perbuatan saya dengan mengingati Allah dan semua hanya kerana Allah SWT. Saya sentiasa mengingatkan diri saya bahawa Allah sayang sentiasa sayang saya walaupun saya banyak melakukan kesalahan setiap hari. Kerana Allah SWT itu Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.. 


AIDA RASYIQAH BINTI MANSOR - 2015116229

Pada minggu ini saya telah diterangkan mengenai apa yang akan dipelajari dalam subjek CTU555 oleh Ustazah Mahfuzah.

Maka dengan itu saya berazam untuk mendapatan keputusan yang cemerlang bagi subjek in untuk semester ini.


NUR AIN ADILLA BINTI ISMAIL- 2015134615

            Pada minggu ini, kami telah diberikan penerangan tentang subjek CTU555. Ustazah sentiasa menekankan tentang niat menuntut ilmu kerana ALLAH. Kata beliau, apabila belajar kena nampak ALLAH dan beliau sentiasa mengingatkan supaya hati perlu sentiasa bersambung dengan Rasulullah s.a.w. Salah satu cara untuk pastikan hati bersambung dengan Rasulullah adalah mengenali Rasulullah dan memperbanyakkan selawat. Kata beliau lagi, jikalau hati tidak ada nur Rasulullah, kita hanyalah pengumpul maklumat, bukan penuntut ilmu.

              Dengan itu, saya berazam untuk memperbanykkan selawat kepada Rasulullah s.a.w kerana terlalu banyak manfaatnya.


No comments:

Post a Comment