Pada hari ini, saya telah mempelajari bahawa pegangan agama seseorang
individu itu adalah merupakan elemen utama dalam mebentuk sesebuah masyarakat.
Ustazah telah menunjuk kepada kami bahawa kehidupan ini terdiri daripada 5
alam: alam roh, alam Rahim, alam dunia, alam kubur dan akhir sekali alam
akhirat. Ustazah juga telah memperjelaskan kepada semua pelajar tentang
tafsiran surat Al-‘Araf ayat 172-173. Di dalam ayat 172 telah menunjukkan
kepada semua manusia bahawa di dalam alam roh lagi kita sudah bermasyarakat.
Maka dengan itu, saya telah berazam agar untuk lebih menyayangi diri sendiri
dan tidak melakukan boikot terhadap diri sendiri. Hal ini kerana, di sisi Allah
semua roh adalah mulia. Allah telah memberi peluang untuk kita membuat pilihan,
jadi kita sepatutnya menggunakan peluang ini dengan sebaiknya. Saya perlu lebih
terbuka untuk memberi orang peluang kepada orang lain untuk berubah dan
bukanlah menghukum mereka apabila mereka melakukan dosa.
HIDAYATUL FATIHAH BINTI AHMAD ROSNI - 2015140703
Pada hari ini saya telah mempelajari mengenai kehidupan masyarakat
berkait rapat dengan 5 alam. Ustazah telah menjelaskan tentang perjanjian
asali. Di mana manusia bersikap mulia kerana berada di sisi Allah SWT sebelum
dicipta lagi. Allah telah mengambil kesaksian manusia mengenai 'Bukankah Aku
ini Tuhan kamu" yang diceritakan di dalam surah Al-'Araf ayat 172. Ustazah
juga menyatakan bahawa kehidupan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu
hendaklah berpegang teguh kepada agama Allah SWT. Maka dengan ini, saya berazam
untuk belajar ilmu tauhid dan akidah lebih mendalam untuk menjadi hamba dan
manusia yang berguna untuk masyarakat dan agama.
NUR SYAFIQA BT DZULKIFLI - 2015136587
Pada minggu ini, saya telah mempelajari tentang 5 alam. Perjanjian
azali telah berlaku di alam roh di mana setiap manusia telah mengakui bahawa
Allah SWT adalah Tuhan mereka. Ketika di alam roh, masyarakat sudah mula
terbentuk. Ini menunjukan bahawa manusia ini tidak menyendiri dan manusia itu adalah saling
bergantung antara satu sama lain. Untuk hidup dalam keadaan yang harmoni,
manusia memerlukan agama agar perpaduan dapat dicapai. Jadi, untuk membentuk
sistem ilmu yang tepat, masyarakat perlulah dibentuk dengan sentuhan yang betul
agar dapat memberi impak yang positif dalam hidup bermasyarakat. Untuk melahirkan masyarakat
yang bersatu padu, sistem kekeluargaan perlu dibentuk dengan acuan yang tepat
kerana keluarga memainkan peranan yang penting iaitu dimulai dengan sikap
individu dalam keluarga itu seperti ayah, ibu, abang, kakak dan adik.
Maka saya berazam untuk sentiasa muhasabah diri sendiri agar dapat
memperbetulkan diri. Dari situ, akhlak dan sifat-sifat yang baik dapat di
perbaiki dari semasa ke semasa dan sifat- sifat yang keji dapat dijauhi. Dengan
memperbetulakn diri sendiri, kita dapat menjauhi daripada sifat saling
menunding jari ke pihak yang lain dan sifat dan nilai yang positif dapat
disebarkan ke kelompok yang lebih besar lagi. Dengan ini terbuktilah bahawa
untuk membentuk masyarakat yang harmoni, perubahan yang perlu dilakukan adalah
perubahan ke atas diri sendiri.
NUR AIN ADILLA BT ISMAIL - 2015134615
Alhamdulillah, pada minggu ini
saya telah mempelajari perincian surah al-A’raf ayat 172 dan 173. Melalui ayat
ini, saya dapat memahami bahawa manusia sudah hidup bermasyarakat dari alam roh
lagi. Hal ini kerana, semua manusia tidak kira Islam atau pun tidak telah
membuat perjanjian dengan Allah bahawa kita akan bersaksi denganNYA sewaktu
alam roh itu. Maka dengan itu, Allah akan menghidupkan manusia yang ‘mampu’
untuk memikul tanggungjawab tersebut ke
dunia. Apa yang paling terkesan di hati saya adalah apabila ustazah memberitahu
“para ulama’ mengatakan alam dunia hanyalah 2 saat padahal alam akhirat itu
infiniti”. Jadi, adakah kita menggunakan 2 saat ini untuk melunaskan perjanjian
untuk mentauhidkan Allah ? Marilah kita sama-sama bermuhasabah.
Dengan
ini, saya berazam untuk berbuat baik dengan orang-orang di sekeliling saya
kerana saya tahu bahawa manusia tidak akan boleh hidup bersendirian dan juga berbuat baik terhadap diri sendiri.
Selain itu, saya juga berazam untuk mencari ilmu agama (minimum : satu ilmu
baru untuk seminggu) supaya saya lebih kenal Allah. AMIN!
ANIS SHAHIRAH BINTI MOHD SHAHADAN - 2015182001
Pada hari ini saya berpeluang mempelajari konsep 5 alam iaitu alam roh, alam rahim, alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat. Ustazah telah menerangkan bahawa sistem masyarakat telah wujud sejak alam roh lagi di mana di dalam surah al-A'raf ayat 172 dan 173 telah menceritakan tentang perjanjian asali. Terjemahan kedua-dua ayat tersebut berkisar mengenai pengakuan semua roh tentang kewujudan Allah SWT sebagai Tuhan. Ini jelas menunjukkan bahawa fitrah manusia adalah mengenali AllahSWT dan bermasyarakat sejak alam roh lagi. Melalui perjanjian asali juga kita tahu bahawa wujud kita di dunia ini adalah untuk membuktikan kesaksian kita sewaktu alam roh dan mentauhidkan Allah SWT.
Oleh itu, saya berazam untuk mencari ilmu fardhu ain untuk mengukuhkan lagi keimanan terhadap Allah yang Maha Esa. Saya juga akan cuba untuk berbuat baik sesama manusia kerana semua manusia adalah sama di sisi Allah SWT.
AIDA RASYIQAH BINTI MANSOR - 2015116229
Pada minggu ini saya telah mempelajari mengenai 5 alam yang perlu diketahui oleh umat Islam. 5 alam tersebut ialah alam roh, alam rahim, alam dunia, alam barzakh dan akhir sekali alam akhirat. Saya jugaa diterangkan bahawa manusia sudah wujud bermasyarakat walaupun berada di alam roh. Selain itu, saya juga mempelajari bahawa teras masyarakat yang harmoni adalah datangnya dari ilmu yang akan mengikat antara masyarakat. Salah satu ilmu yang penting adalah agama, kerana dalam setiap agama pasti menganjurkan perpaduan dan keharmonian.
Maka dengan itu, saya berazam untuk sentiasa mewujudkan persefahaman dan hubungan yang baik dengan masyarakat.
NOR ADLINA BINTI MOHD ZAINURI - 2015140593
Pada hari ini ustazah telah mula mengajar Tajuk 1: Konsep
Masyarakat dan Budaya, di mana ustazah telah menceritakan tentang 5 alam (alam
roh, alam rahim, alam dunia, alam kubur, alam akhirat), serta terjemahan surah
al-A’raf ayat 172 dan 173 yang menceritakan tentang perjanjian asali. Daripada
ini, saya telah mempelajari bahawa manusia adalah makhluk yang bermasyarakat
kerana fitrah manusia yang saling memerlukan antara satu sama lain, dan
masyarakat manusia ini telah wujud sejak dari alam roh lagi berdasarkan
penggunaan perkataan "نا"
dalam ayat بَلَى شَهِدنَا .
Maka dengan itu saya berazam untuk sentiasa berbuat baik sesama
manusia kerana apabila kita berbuat baik dengan orang, kita akan dibalas baik.
Begitu juga sebaliknya. Tambahan pula, semua manusia adalah sama disisi Allah
dan yang membezakan kita adalah iman kita.
ANIS SHAHIRAH BINTI MOHD SHAHADAN - 2015182001
Pada hari ini saya berpeluang mempelajari konsep 5 alam iaitu alam roh, alam rahim, alam dunia, alam barzakh dan alam akhirat. Ustazah telah menerangkan bahawa sistem masyarakat telah wujud sejak alam roh lagi di mana di dalam surah al-A'raf ayat 172 dan 173 telah menceritakan tentang perjanjian asali. Terjemahan kedua-dua ayat tersebut berkisar mengenai pengakuan semua roh tentang kewujudan Allah SWT sebagai Tuhan. Ini jelas menunjukkan bahawa fitrah manusia adalah mengenali AllahSWT dan bermasyarakat sejak alam roh lagi. Melalui perjanjian asali juga kita tahu bahawa wujud kita di dunia ini adalah untuk membuktikan kesaksian kita sewaktu alam roh dan mentauhidkan Allah SWT.
Oleh itu, saya berazam untuk mencari ilmu fardhu ain untuk mengukuhkan lagi keimanan terhadap Allah yang Maha Esa. Saya juga akan cuba untuk berbuat baik sesama manusia kerana semua manusia adalah sama di sisi Allah SWT.
AIDA RASYIQAH BINTI MANSOR - 2015116229
Pada minggu ini saya telah mempelajari mengenai 5 alam yang perlu diketahui oleh umat Islam. 5 alam tersebut ialah alam roh, alam rahim, alam dunia, alam barzakh dan akhir sekali alam akhirat. Saya jugaa diterangkan bahawa manusia sudah wujud bermasyarakat walaupun berada di alam roh. Selain itu, saya juga mempelajari bahawa teras masyarakat yang harmoni adalah datangnya dari ilmu yang akan mengikat antara masyarakat. Salah satu ilmu yang penting adalah agama, kerana dalam setiap agama pasti menganjurkan perpaduan dan keharmonian.
Maka dengan itu, saya berazam untuk sentiasa mewujudkan persefahaman dan hubungan yang baik dengan masyarakat.
No comments:
Post a Comment