Thursday, 6 October 2016

SURAH AR-RUM AYAT 22

Berdasarkan surah ar-Rum ayat 22, huraikan bagaimana Islam menganggapi budaya masyarakat majmuk.

( 04 OCT 2016 )




Bismillah…

Semua manusia yang diahirkan ke bumi ini adalah daripada keturunan nabi Adam. Setiap manusia mempunyai dua mata, satu hidung, satu mulut, dua telinga menunjukkan kita semua sama sahaja. Namun, di muka bumi ini manusia mempunyai  perbezaan dari segi warna kulit dan bahasa yang dituturkan. Membuktikan Allah itu Maha Kaya dan Maha Berkuasa. Subhanallah !

Islam menganggapi perbezaan-perbezaan tersebut sebagai satu rahmat yang diturunkan oleh Allah kepada manusia. Hal ini kerana, dengan perbezaan ini,manusia dapat mengembangkan lagi ilmu pengetahuan dan belajar perkara-perkara kebaikan di antara satu sama lain. Selain itu, setiap bangsa mempunyai kekuatan masing- masing. Oleh itu, dengan saling mengenali, manusia dapat mencontohi dan mentauladani  sesama mereka.

Dalam masyarakat majmuk, suasana aman dan harmoni akan tercapai apabila setiap bangsa atau kaum dapat menerima bangsa dan kaum yang lain. Sikap saling menghormati amat penting kerana tanpanya, perpaduan tidak akan tercapai. Contohnya, negara Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dapat hidup aman kerana meskipun Islam adalah agama rasmi di negara ini, agama lain turut boleh diamalkan.

No comments:

Post a Comment