Thursday, 6 October 2016

Budaya Material dan Non-Material

Senaraikan Budaya Material dan Non-Material bagi 5 Etnik di Malaysia.
( 04 OCT 2016 )


1) BABA NYONYA

MASYARAKAT peranakan Baba dan Nyonya merupakan kumpulan komuniti yang tinggal di negeri Melaka. Mereka merupakan masyarakat unik kerana kumpulan ini adalah sebahagian dari kaum Cina tetapi mengamalkan adat resam dan budaya campuran Cina-Melayu. Masyarakat ini dikatakan telah wujud sejak lebih 600 tahun lalu iaitu ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka apabila mereka datang untuk berdagang di bumi ini dan kemudiannya berkahwin dengan masyarakat Melayu.

PAKAIAN 

Kain Sarung Batik
Kebaya Nyonya
Pakaian tradisi kaum Baba dan Nyonya banyak diadaptasi dari pakaian wanita Melayu. Ini dapat dilihat pada pakaian wanitanya dimana mereka memakai kain sarung batik sebagai pakaian utama. Untuk peringkat wanita yang berusia, mereka memakai baju panjang dan kain sarung manakala golongan yang lebih muda gemar memakai baju kebaya nyonya yang disulam cantik. Selain daripada pakaian tradisional di atas wanita-wanita Nyonya juga memakai pelbagai aksesori seperti kasut manik, kerongsang, sapu tangan sulam, cucuk sanggul dan lain-lain lagi. Manakala pakaian kaum Baba lebih kepada pakaian pengaruh dari barat dan kaum Cina sendiri. Walaubagaimanapun, semua keserian pada pakaian mereka adalah hasil sulaman tangan mereka sendiri khasnya pada baju kebaya dan kasut manik yang amat cantik dan halus buatannya.

MAKANAN

Ayam Pongteh
Seterusnya kita lihat pula masakan-masakan tradisi kaum Baba & Nyonya yang banyak diambil dari pengaruh masakan Melayu seperti ayam pongteh, kari kapitan, kuih talam, sambal belacan yang kebanyakannya menggunakan bahan-bahan dan rempah ratus masyarakat Melayu dari zaman silam. Mereka mempunyai keunikan juga dari segi penyajian masakan dengan pinggan mangkuk yang cantik diperbuat daripada tembikar serta sebuah tempat bekas makanan yang di panggil sia' yang diperbuat daripada buluh dan kertas keras yang mempunyai nilai yang tersendiri.

SENI BINA

Rumah BabaNyonya
Dari segi senibina rumah kaum Baba & Nyonya lebih mirip kepada tradisi rumah lama masyarakat Cina dari negara asal mereka namun diselitkan serba sedikit elemen ukiran-ukiran tempatan. Di tanahair kita ini terdapat beberapa tinggalan kaum Baba & Nyonya yang juga dikenali dengan nama kaum Peranakan khasnya di Pulau Pinang dan Melaka. Malah terdapat sebuah Muzium Baba & Nyonya di Melaka dan Muzium Peranakan di Singapura.


LAGU

Menyanyikan Dondang Sayang
Lagu budaya masyarakat Melayu didalam sosial kehidupan Baba & Nyonya ialah Dondang Sayang. Lagu rakyat ini dimainkan didalam acara-acara rasmi seperti majlis keraian dan perkahwinan mereka. Dinyanyikan dalam rangkap-rangkap pantun secara bersoal jawab diiring alunan biola, gendang dan gong. Mereka menggunakan dialek Baba yang sama sekali dalam bahasa melayu dengan slanga tersendiri.

AGAMA

Baba dan Nyonya mengamalkan agama-agama tradisional Cina, menyambut Tahun Baru Cina dan Perayaan Tanglung, sambil mengamalkan adat resam Melayu dan penjajah barat. Pengaruh Portugis, Belanda, British, Melayu dan Indonesia meninggalkan kesan dalam budaya Peranakan.

PERKAHWINAN

Lamaran perkahwinan kaum Baba Nyonya ini memerlukan buah tangan pinangan, iaitu bakul berkilau dua tingkat, yang dibawa oleh pengantara yang mewakili pelamar kepada ibu bapa pengantin idaman. Kebanyakan suku Peranakan tidak beragama Islam, sebaliknya memelihara adat penyembahan nenek moyang dari kaum Cina, tetapi ada yang memeluk agama Kristian. Majlis perkahwinan Peranakan yang banyak mengetengahkan tradisi Cina merupakan antara perkahwinan tradisi yang paling berwarna-warni di Malaysia dan Singapura. Majlis diserikan dengan lagu berima spontan dondang sayang yang dinyanyi dalam bahasa Melayu dan ditari oleh para hadirin di jamuan. Pendondang bergilir-gilir menyambungkan lagu bertema asmara sambil menari berpusing-pusing dengan perlahannya. Dondang sayang memerlukan kemahiran berjenaka dan bertikam balas, siapa yang bijak berdondang maka dialah yang meraih gelak ketawa dan tepukan tangan ramai-ramai. Pelat loghat dan cara berbahasa Baba dan Nyonya serta kepandaian menyerikan lagi persembahan.


BAHASA

Bahasa Baba ialah sejenis dialek bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang-orang Baba di Malaysia, khususnya di Melaka dan Pulau Pinang. Walaupun bahasa ini berasal dari Melaka, bahasa Baba yang dituturkan di Pulau Pinang berbeza dengan bahasa Baba Melaka dalam beberapa aspek. Pada dasarnya, bahasa Baba ialah satu bahasa campuran antara bahasa Hokkien dengan bahasa Melayu. Walaupun kebanyakan nahu bahasa Baba berasal daripada bahasa Melayu, bahasa Baba berbeza daripada bahasa Melayu dalam kebanyakan aspek yang utama dan oleh itu, merupakan satu bahasa yang berasingan.





2) BAJAU


BAHASA

Di Sabah, 6 bahasa Bajau di gunakan dan semuanya berasal daripada keluarga Sama-Bajau yang merupakan variasi daripada dialek bajau itu sendiri. Pengguna bahasa ini termasuklah pendatang-pendatang daripada negara jiran. Bagi kaum Bajau daripada  bahagian pantai Timur Sabah, bahasa mereka dipinjam daripada Suluk iaitu bahasa perdagangan di Laut Sulu. Kaum Bajau pantai Barat Sabah pula mengadaptasikan bahasa mereka daripada bahasa Melayu. Terdapat banyak perbezaan dari segi sebutan, pembentukan kata dan makna dalam setiap dialek bajau ini. Namun perbezaan yang sangat ketara dapat diilhat dari pembahagian dua kawasan iaitu penutur dialek bajau di pantai timur (Κudat, Ѕandakan, Lahad Datu, Κunak, Semporna dan Tawau) dan pantai barat  (Putatan, Tuaran,Kota Marudu Kota Belud dan Papar).


SENI & PUISI

Suku Kaum Bajau Kota Belud Sabah mewarisi kesenian puisi Lisan yang dikenali sebagai "NAJAT". Najat merupakan sejenis puisi lisan yang dinyanyikan oleh masyarakat Bajau, khususnya masyarakat Bajau di Daerah Kota Belud, Sabah. Memandangkan najat juga tidak kurang menariknya sebagai sejenis puisi lisan, maka nyanyian ini juga mendapat perhatian dalam majlis-majlis keramaian masyarakat Bajau. Najat mempunyai empat ciri yang ketara, iaitu, pertama, ia mempunyai empat baris serangkap sepertimana bentuk syair Melayu dengan rima akhir yang sama a-a-a-a; kedua, najat disampaikan seperti cara menyampaikan syair dalam masyarakat Melayu, dengan lain perkataan ia tidak boleh disampaikan secara berpantun; ketiga, najat disampaikan tanpa menggunakan sebarang alat muzik, dan keempat, ia dinyanyikan sama ada secara solo atau secara dual (berpasangan), lazimnya hanya penyanyi lelaki sahaja.
Najat lazimnya memaparkan unsur-unsur pengajaran dan nasihat untuk hidup bermasyarakat, khususnya berdasarkan nilai-nilai agama, merupakan  satu alat hiburan, memperlihatkan unsur pengajaran, memberi teguran dan peringatan kepada pendengarnya, malah memaparkan satu gambaran aturan kehidupan sosial masyarakat khususnya budaya masyarakat Bajau.

PAKAIAN

Bagi Pakaian tradisional suku Kaum Bajau. Wanita menggayakan blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher mandapun dan perhiasan kepala sarempak. Lelaki Bajau menggayakan baju potongan Cekak Musang, seluar, samping dan destar. Manakala, pasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan kebesaran. Pakaian lelaki dari kain satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi dengan mandapun dan tali pinggang.




MAKANAN

Kima
Putu
Antaranya ialah kima, putu dan Tompe atau tinompeh. Makanan tradisional kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesies, antaranya lapiran, kima bohe dan sollot-sollot iaitu bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu. Kima di jadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau. Kima ini boleh dimakan mentah-mentah setelah dihiris atau di potong kecil-kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah ratus yang lain mengikut selera seseorang. Ia juga boleh di makan bersama sayur. Selain itu, makanan tradisional putu pula adalah makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim. Manakala makanan tradisional Tompe atau Tinompeh juga adalah makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya. Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali, sehingga warna kekuning-kuningan.

ALAT MUZIK

Bertitik
Alat muzik ini akan dimainkan selama majlis perkahwinan berlangsung. Antara alat muzik yang dimainkan semasa majlis ini ialah Gendang, gong, Bebandil, dan Kulingtangan. Keempat-empat alat muzik ini berfungsi sebagai satu dalam majlis tersebut. Jika terdapat salah satu alat muzik ini tidak digunakan, bunyi Bertitik ini akan berubah(sumbang). Alat muzik ini akan dimainkan oleh mereka yang mahir menggunakan. Permainan muzik ini dipanggil Bertitik. Permainan muzik ini berfungsi sebagai tanda atau syarat untuk memberitahu penduduk kampung terhadap majlis yang sedang berlangsung. Selain itu, permainan ini akan dimainkan pada petang sebelum malam beinai, semasa malam berinai berlangsung dan semasa majlis persandingan berlangsung. Walaubagaimana pun, Bertitik ini tidak akan dimainkan apabila terdapat kesusahan atau kematian di dalam kampung tersebut sehingga tempoh kematian telah berlalu selama 40 hari.


TARIAN

Budaya tarian tradisional di kalangan masyarakat Bajau antaranya ialah Tarian Limbai, Dalling – Dalling, Igal - Igal dan Runsai.

TEMPAT TINGGAL

Lepa
Masyarakat Bajau Laut di Semporna Sabah terkenal dengan kehebatan mereka sebagai pelaut yang disegani. Bagi mereka, laut bukan sahaja sebagai sumber rezeki tetapi turut memberikan pelbagai inspirasi dan pengaruh tersendiri kepada kehidupan. Hakikatnya, laut adalah dunia mereka. Buktinya mereka bukan sahaja menetap di tepi laut tetapi juga tinggal 'di atas laut' dengan menjadikan lepa sebagai kediaman rasmi atau sebagai rumah mereka. Mereka hidup di atas lepa dan menjalani sebahagian besar hidup di laut dan hanya naik ke darat untuk mendapatkan bekalan air, kayu api dan upacara pengebumian. Bajau Laut memang sinonim dengan lepa. 

PERAYAAN

Perayaan Regatta Lepa
Perayaan Regatta Lepa disambut pada bulan April setiap tahun di daerah Semporna, Sabah. Ia menjadi perayaan yang penting dalam kalendar masyarakat Bajau Semporna dan boleh dianggap sebagai ‘hari raya’ mereka. Setiap tahun pengunjung berpeluang melihat sendiri keunikan lepa yang cantik. Lepa-lepa tersebut diukir dengan motif bertemakan laut seperti ikan, duyung dan kuda laut. Ia juga turut dihiasi dengan corak awan larat dan tulisan khat. Hiasan ukiran tersebut merangkumi keseluruhan bahagian lepa beserta tiang selain turut dihiasi dengan layar dan bendera tiga segi kecil. Setiap satu lepa juga akan membawa penari-penari dan ahli muzik yang lengkap dengan pakaian tradisional masyarakat Bajau Laut.
Menjadi tradisi kepada sambutan Regatta Lepa, sebanyak lebih 50 buah perahu akan menyertai Pertandingan Sambulayang atau juga dikenali sebagai pertandingan layar dan perahu tercantik. Usaha menghasilkan sebuah lepa yang cantik boleh memakan masa sehingga empat bulan dan kosnya boleh mencecah hingga ribuan ringgit. Lepa yang paling cantik dan kreatif akan dinobatkan sebagai pemenang Lepa Tercantik yang merupakan hadiah utama dalam perayaan ini.


PERKAHWINAN

Perkahwinan Kaum Bajau
Suku kaum Bajau Samah begitu terkenal dengan slogan ‘mangan nia mangan,asal jo kurung-kurung’  yang bermaksud ‘makan atau tidak makan,yang penting sama-sama berkumpul’. Keadaan ini menunjukkan wujudnya budaya bantu-membantu dan kerjasama erat dalam melaksanakan sesuatu majlis. Suku kaum Bajau Samah mempunyai Adat Istiadat Perkahwinan yang tersendiri. Walaubagaimana pun adat istiadat perkahwinan ini mempunyai sedikit persamaan dengan adat istiadat perkahwinan kaum Melayu. 



3) BUGIS

Suku Bugis terkenal dengan suku perantau yang tersebar ke beberapa wilayah di Indonesia. Suku Bugis atau to 'Ugi merupakan suku asli di tanah Sulawesi khususnya di Sulawesi Selatan.


ALAT MUZIK

Kacapi
Kacapi (kecapi) - Salah satu alat musik petik tradisional Sulawesi Selatan khususnya suku Bugis, Bugis Makassar dan Bugis Mandar.  Menurut  sejarahnya  kecapi  ditemukan atau diciptakan oleh seorang pelaut, sehingga bentuknya menyerupai perahu yang memiliki dua dawai, diambil karena penemuannya  dari tali layar perahu.
Sinrili



Sinrili - Alat musik yang mernyerupai  biola tetapi  biola di mainkan dengan membaringkan di pundak sedangkan Singrili di mainkan dalam keedaan pemain duduk dan alat diletakkan tegak di depan pemainnya.

Gendang - Musik perkusi yang mempunyai dua bentuk dasar yakni bulat panjang dan bundar seperti rebana.




SENI TARI

Tarian Paduppa Bosara
Tari pelangi - tarian pabbakkanna lajina atau biasa disebut tari meminta hujan.

Tari Paduppa Bosara - tarian yang mengambarkan bahwa orang Bugis jika kedatangan tamu senantiasa menghidangkan bosara, sebagai tanda kesyukuran dan kehormatan.


Tari Pattennung - tarian adat yang menggambarkan perempuan-perempuan yang  sedang  menenun  benang menjadi  kain.  Melambangkan kesabaran danketekunan perempuan-perempuan Bugis.

Tari Pajoge’ dan  Tari Anak Masari - tarian ini dilakukan oleh calabai(waria), namun jenis tarian ini sulit sekali ditemukan bahkan dikategorikan telah punah.


PERKAHWINAN

Upacara perkawinan dalam suku Bugis disebut Mappabotting sementara itu istilah perkawinan dalam suku bugis disebut siala yang mempunyai erti saling mengambil satu sama lain. Perkawinan adalah ikatan timbal balik antara dua manusia berlainan jenis kelamin untuk menjalin sebuah hubungan kekeluargaan. Istilah perkawinan dalam suku Bugis juga bisa disebut mabinne bererti menanam benih, maksudnya menanam benih dalam kehidupan rumah tangga.




PENEMPATAN

Rumah Tradisi Kaum Bugis
Rumah Panggung Kayu adalah salah satu rumah tradisional Bugis yang berbentuk persegi empat memanjang ke belakang. Konstruksi bangunan rumah ini dibuat secara lepas pasang (knock down) sehingga dapat dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain. Konsep ini bermula dari pandangan hidup masyarakat Bugis pada zaman dahulu tentang bagaimana memahami alam semesta secara universal. Dalam falsafah dan pandangan hidup mereka terdapat istilah sulapa’ eppa, yang bererti persegi empat, iaitu sebuah pandangan dunia empat sisi yang bertujuan untuk mencari kesempurnaan ideal dalam mengenali dan mengatasi kelemahan manusia. Menurut mereka, segala sesuatu baru dikatakan sempurna dan lengkap jika memiliki sulapa eppa. Demikian pula pandangan mereka tentang rumah iaitu sebuah rumah akan dikatakan bola genna atau rumah sempurna jika berbentuk segi empat, yang bererti memiliki empat kesempurnaan.

PAKAIAN

Baju Bodo
Baju Bodo adalah pakaian adat suku Bugis dan dikatakan sebagai salah satu busana tertua di dunia. Perkiraan itu didukung oleh sejarah kain Muslim yang menjadi bahan dasar baju bodo. Kain Muslim memiliki rongga-rongga dan jarak benang-benangnya yang renggang membuatnya kelihatan jarang dan sesuai dipakai di daerah tropis dan daerah-daerah yang beriklim panas. Sesuai dengan namanya “bodo” yang berarti pendek, baju ini memang berlengan pendek. Dahulu Baju Bodo dipakai tanpa baju dalaman sehingga memperlihatkan dada dan lekuk-lekuk dada pemakainya, dan dipadukan dengan sehelai sarung yang menutupi bagian pinggang ke bawah badan. Namun seiring dengan masuknya pengaruh Islam di daerah ini, baju yang tadinya memperlihatkan aurat pun mengalami perubahan.


MAKANAN

Buras
Salah satu makanan khas dari suku Bugis ialah Buras atau biasa disebut juga burasa. Buras sebenarnya tidak jauh beza juga dengan olahan bahan dasar beras lainnya, seperti Ketupat. Ketupat sudah menjadi tradisi juga yang harus disajikan saat hajatan khusus keluarga dan hari-hari besar keagamaan tiba. Bahkan, memakan Ketupat juga wajib dengan campuran kari ayam, daging, dan telur. Akan tetapi, rasa Buras yang sangat berbeza dengan Ketupat. Buras dimasak khusus dengan campuran santan. Buras dimakan oleh sejumlah orang-orang Suku Bugis dengan beberapa campuran makanan lainnya. Seperti kari ayam, daging, dan telur.



4) IBAN


TEMPAT TINGGAL

Rumah Panjang
Rumah Panjang merupakan tradisi kaum Iban terdiri daripada satu deret berpuluh-puluh rumah kelamin. Rumah ini mempunyai ciri dan keistimewaan tersendiri maupun dari segi keselamatan dan kebudayaan. Senibina rumah ini berpegang teguh dengan adat tradisi tempatan suku kaum masing-masing yang tidak dipengaruhi oleh mana-mana masyarakat luar. Rumah ini menggunakan tiang jenis kayu keras dan tidak mudah reput seperti kayu belian yang mudah didapati di Kepulauan Borneo. Bumbunngnya dari daun rumbia seperti Biru, Pantu, Mulong dan jenis daun tebal. Dinding rumah berkenaan diperbuat daripada kulit kayu seperti Terentang atau buluh yang dikelar dan dibelah. Lantainya pula menggunakan buluh, papan atau kulit kayu. Tangga rumah diperbuat daripada sebatang kayu bulat yang ditakik dengan beliong dan dipanggil tangga takik. Rumah Panjang mempunyai 3 ruang iaitu tanju (serambi atau beranda terbuka), ruai (ruang terbuka) dan bilik. Bahagian di atas bilik dan ruai dipanggil sadau (peran) sebagai tempat tidur anak dara disamping tempat menyimpan bijian dan perkakas.

MAKANAN

Hinava
Hinava atau nama lainnya iaitu Hinava Ginapan merupakan salah satu makanan kaum Iban di Sarawak.Makanan ini selalunya disajikan semasa Hari Gawai.

Ayam Pansuh. Salah satu dari makanan tradisional kaum Iban setiap kali perayaan Krismas dan Hari Gawai. Ayam di masak dalam buluh.

Cakar Ayam
Cakar ayam. Makanan tradisional kaum Iban yang pasti ada di rumah panjang setiap kali perayaan Gawai .

Jeruk  atau  pekasam ensabi, makanan tradisional kegemaran orang Iban merupakan sejenis sayur sawi jeruk yang begitu popular di rumah panjang. Rasanya yang masam dan sedikit masin amat sedap dinikmati dengan hidangan nasi panas, dan sehingga kini hidangan yang diwarisi sejak zaman nenek moyang terus digemari.


TARIAN

Tarian Ngajat
Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan orang Iban di Sarawak. Tarian Ngajat terdiri daripada beberapa jenis, antaranya ialah Ngajat Induk, Ngajat Bebunoh, Ngajat Lesong, Ngajat Semain, Ngajat Berayah, Ngajat Pua Kumbu, Ngajat Kuta, Ngajat Ngalu Temuai, Ngajat ““Ngemai antu pala”.

Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang. Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk berayah sambil membawa tengkorak musuh. Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.

PAKAIAN

Pakaian Kaum Iban
Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong. Kain Sirat di kenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias. Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.

Pakaian tradisonal wanita Iban pula, terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan Bedong. Bidang merupakan sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut. Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi tanpa lengan. Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus.

LAGU

Bagi etnik Kayan, Kenyah di Sarawak, salah satu lagu tradisional kaum ini ialah Nekna’. Biasanya,ia dinyanyikan dalam kumpulan. Salah seorang akan menjadi penyanyi utama dan yang lain akan menyahut dengan sahutan yang sama. Nekna’ akan dibuat dalam majlis-majlis sebagai perasmian atau persembahan. Lirik lagu ini biasanya dinyanyikan secara spontan untuk menceritakan mengenai perasaannya ataupun penyanyi itu ingin menyampaikan cerita.

Selain itu, Nirau pula merupakan salah satu lagu yang dizahirkan oleh si penyanyi kepada orang yang sudah meninggal. Sama seperti Nekna’, lagu ini dinyanyikan secara spontan dengan lirik yang bebas dan terpulang kepada orang yang menyanyi. Namun, perbezaannya adalah, Nirau tidak memerlukan orang lain untuk menyahut lagunya. Ia dinyanyikan secara sendirian.

Selari dengan kemajuan dunia hiburan masa kini, etnik-etnik di Sarawak seperti Iban, Kayan, Kenyah, Bidayuh dan sebagainya turut menghangatkan lagi dunia hiburan tanah air dengan memuatkan lagu-lagu dalam bahasa ibunda. Antara penyanyinya ialah Urai Lah. Lagu yang paling popularnya ialah “Telang Usan.”. Lagu ini mengisahkan rasa cintanya kepada tempat asalnya. Telang Usan itu sendiri memberi maksud nama sungai yang paling besar di Ulu Baram. Lagu itu merupakan salah sebuah lagu kaum Kayan. Maxwell pula merupakan penyanyi Iban. Antara lagunya ialah “Cap Ape”.Lagu ini merupakan lagu nasihat kepada kaum lelaki khasnya supaya menjauhi arak dam wanita pisau cukur.


ALAT MUZIK

Sape'
Alat muzik tradisional Sarawak yang paling sinonim dengan masyarakat di Sarawak ialah sape’. Ia berbentuk seperti gambus panjang bertali empat. Badannya panjang dan berbentuk hampir empat segi dan diperbuat daripada kayu jakuvang. Dipermukaan sape’ ini kebiasaannya, diukir dengan ukiran yang bermotifkan orang Iban, Kayan,Kenyah (bagi masyarakat Kayan,ukiran ini disebut ikeng) serta diwarnakan dengan warna merah atau hitam. Alat ini popular dalam kalangan kaum Kayan, Kenyah, Kelabit di Sarawak. Ia akan dimainkan sebagai muzik untuk mengiringi penari-penari atau semasa perayaan besar. Pada zaman dahulu, kaum teruna bermain sape’ untuk memikat gadis. Sekiranya kita ingin menggunakan sape’, caranya adalah dengan meriba sape’ seperti gitar dan dipetik dengan jari-jari sebelah tangan manakala sebelah tangan lagi menekan tali-tali pada pelbagai peringkat mengikut alunan iramanya.


Gong
Selain itu, gong juga merupakan salah satu alat muzik tradisional masyarakat di Sarawak. Gong ini diperbuat daripada tembaga. Antara keunikan gong bagi suku kaum Kayan ialah, ia bukan sahaja merupakan alat muzik namun juga sebagai hantaran perkahwinan daripada pengantin lelaki kepada bapa pengantin perempuan. Bagi masyarakat Kayan, pemberian gong tersebut merupakan satu simbolik bahawa pengantin lelaki sanggup memikul tanggungjawab untuk menjaga pasangannya dengan baik. Pengantin juga akan duduk di atas gong semasa majlis perkahwinan.

Seruling
Salah satu alat muzik tradisional yang turut diperbuat daripada tembaga ialah, tawek. Ia didapati dalam saiz yang kecil berbanding gong. Untuk menghasilkan bunyi daripadanya adalah dengan memukul permukaannya seperti gong. Antara alat muzik yang agak mahal pula ialah agong. Ia turut diperbuat daripada tembaga dan bentuknya seperti gong.

Seruling juga merupakan salah satu alat muzik tradisional di Sarawak. Bagi masyarakat Kayan, ia disebut selingut. Ia diperbuat daripada buluh. Satong juga diperbuat daripada buluh. Tong pula alat muzik yang dimainkan dengan meniupnya. Ia diperbuat daripada sejenis rebung yang dinamakan uvun talang.


PERAYAAN

Perayaan Hari Gawai
Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.

Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai. Setelah upacara persembahan telah selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan. Seluruh masyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa masuk kedalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak. Perayaan Gawai merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersama air tuak. Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya.

5) JAWA

Pada masa ini, penempatan orang Jawa tertumpu di bahagian barat Semenanjung Malaysia terutama di barat Johor, Selangor dan Perak. Dipercayai, tempat yang mula- mula  diduduki adalah di kawasan Padang, Parit Jawa, Muar. Orang Jawa berhijrah ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20 untuk bekerja sebagai buruh di ladang kopi, ladang getah dan juga di lombong - lombong bijih timah. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu bukan sahaja untuk bekerja di ladang tetapi juga dipengaruhi oleh faktor ekonomi, politik dan sosial.
Kebanyakan imigran Jawa yang datang ke Tanah Melayu berasal dari beberapa buah daerah di Pulau Jawa seperti di Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur seperti dari kawasan Madiun, Ponogoro, Kudrejo, Lebumin, Demek dan Magelan. Sejarah mengatakan bahawa, imigran Jawa berhijrah ke beberapa pulau lain sebelum datang ke Tanah Melayu. Antara pulau yang menjadi kawasan petempatan mereka ialah Singapura dan Palembang.


KEPERCAYAAN

Kaum Jawa di Malaysia menganut agama Islam. Mereka mengamalkan pelbagai kepercayaan yang diwarisi sejak turun – temurun. Ada kepercayaan yang masih diamalkan sehingga hari ini dan ada yang telah hilang ditelan zaman. Masyarakat Jawa bermazhabkan Sya’fie dengan memegang teguh lima rukun Iman dan mempercayai enam rukun Islam. Dua rukun inilah yang menjadi landasan kepercayaan mereka untuk menjadi seorang Islam yang sempurna di sisi Allah SWT. mereka amat mementingkan aspek persaudaraan selari dengan ajaran agama Islam.Oleh itu, masyarakat Jawa adalah saudara kepada masyarakat Islam yang lain.

Terdapat segelintir masyarakat Jawa yang mengamalkan amalan animisme. Ia berkaitan kepercayaan terhadap makhluk halus dan semangat sesuatu tempat. Mereka mempercayai sesuatu tempat menjadi kediaman makhluk halus sehingga ada yang menganggap tempat itu keramat.
Terdapat juga sebilangan warga emas masyarakat Jawa yang mempercayai tentang semangat di tempat yang baru. Sekiranya semangat tersebut hilang atau diganggu gugat seperti membersihkan kawasan, dipercayai akan menyebabkan seseorang itu mendapat penyakit. Oleh itu, mereka perlu membuat beberapa semahan atau menjamu dengan bertih supaya semangat  tersebut pulih seperti sedia kala.

Selain itu, masyarakat Jawa juga mempercayai beberapa objek yang mempunyai kuasa seperti busut, batu-batu besar atau pokok-pokok besar. Kuasa ini dikatakan mampu memberi kesan kepada mereka yang mengusik atau melakukan perkara yang tidak senonoh kepada objek tersebut. Justeru itulah ramai dalam kalangan tersebut mengambil peluang dengan menjadikan busut, batu atau pokok besar sebagai objek yang boleh mendatangkan keuntungan seperti tikam nombor ekor. Di samping itu, bagi orang Jawa Kejawen pula, mereka  mempercayai  pelbagai jenis roh yang tidak kelihatan yang dapat   menimbulkan bahaya seperti kecelakaan atau penyakit. Untuk melindungi semuanya itu, mereka memberi upah yang terdiri dari nasi dan aneka makanan, daun-daun bunga serta kemenyan.

Sungguhpun demikian, amalan dan kepercayaan animisme ini semakin hilang ditelan zaman kerana Islam menegaskan amalan ini dianggap sebagai perbuatan syirik dan bertentangan dengan agama.
Masyarakat Jawa juga mempercayai bahawa  hari Jumaat adalah hari  yang terbaik atau penghulu segala hari. Jumaat keliwon merupakan  hari yang terbaik untuk beramal dan menuntut pelbagai ilmu. Menurut masyarakat Jawa, antara keistimewaan malam Jumaat keliwon adalah sekiranya hujan turun, air hujan tersebut perlu ditadah di halaman rumah dan air itu amat mujarab untuk dibuat air penerang hati. Malam Jumaat Keliwon juga dimanfaatkan oleh orang yang mengamalkan ilmu sesat akan menguji ilmunya buat pertama kali.

Selain itu masyarakat Jawa juga mempercayai bahawasanya jika sekiranya ada orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat Keliwon, kuburnya terpaksa dijaga siang dan malam sehingga genap 40 hari kerana takut digali semula oleh golongan yang tidak bertanggungjawab untuk diambil lidahnya, kain kafan dan sebagainya untuk dijadikan tangkal untuk membuat perkara yang dilarang oleh Allah SWT seperti merompak, sihir dan lain-lain kepercayaan khurafat.

KESENIAN

Etnik Jawa mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Antara kebudayaan yang menjadi kebanggaan mereka ialah kuda kepang, wayang kulit, barongan, reoq dan ludrok. Kebanyakan kebudayaan ini  berasal Indonesia dan terdapat juga pengaruh Hindu.


Kuda Kepang
Kuda kepang berasal dari Indonesia. Ia dipercayai dibawa oleh kumpulan Wali Songo ketika menyebarkan agama Islam. Mereka bermain  kuda kepang untuk menarik minat  orang ramai mendekati Islam. Masyarakat Jawa mempersembahkan kuda kepang ketika majlis keramaian. Kuda kepang popular di Batu Pahat meliputi kawasan Parit Raja, Seri Medan dan Senggarang.


Barongan
Barongan juga merupakan seni masyarakat Jawa . Ia mengisahkan zaman Nabi Sulaiman AS yang boleh bertutur dengan haiwan. Antara kumpulan barongan yang masih aktif ialah Kumpulan Barongan Seri Wahyuni yang berasal dari Parit Bingan , Parit Raja. Ia dipercayai dibawa oleh hamba abdi yang da[potang dari Riau Lingga.

Wayang Kulit

Wayang kulit Jawa merupakan persembahan kebudayaan yang semakin terpinggir. Kini hanya tinggal beberapa buah kumpulan sahaja masih memperjuangkan kesenian ini.

Reoq merupakan kesenian pecahan daripada Persembahan Barongan. Antara kumpulan yang masih aktif menampilkan persembahan ini ialah Kumpulan Setia Budi, Parit Nipah, Parit Raja.


MAKANAN

Nasi Ambeng
Nasi ambeng merupakan makanan wajib bagi masyarakat jawa terutama pada majlis kenduri. Cara yang betul makan nasi ambeng ni dengan 1 dulang dikongsi bersama 4 atau 5 orang tetamu. Dalam satu dulang ni mempunyai nasi, ayam, mee, tahu kering, kacang, ikan masin, serunding, tempe.
Pecal


Pecal, memang sinonim dengan selera orang malaysia, Isi kandungan pecal ni seperti tempe, tahu, tauge, kacang, timun, kangkung dan sambal kacang. Cara makan dia campurkan semua kandungan tadi dan gaulkan dengan sambal kacang.



SENI BINA

Masjid Demak
Masjid Demak
Seni bina Jawa-Melayu adalah bentuk klasik seni bina masjid tradisional Indonesia dan Malaysia. Tidak seperti masjid di Timur Tengah ia dibina dari balak. Atap bertingkat kayu disokong oleh tiang kayu jati. Bentuk seni bina masjid ini umum dalam sfera budaya Jawa, Sunda dan Melayu di Indonesia dan Malaysia. Kadang-kadang masjid moden dengan seni bina Jawa-Melayu menggunakan bahan atau logam seramik sebagai bahan atap masjid dan batu-bata sebagai bahan bangunan utama.

PAKAIAN

Baju Kebaya
Pakaian Tradisi Jawa
Baju Kebaya ialah pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita Malaysia dan Indonesia. Ia diperbuat daripada kain kasa yang dipasangkan dengan sarung, batik, atau pakaian tradisional yang lain seperti songket dengan motif warna-warni.
Sebelum tahun 1600 di Pulau Jawa, kebaya adalah pakaian yang hanya dikenakan oleh golongan keluarga kerajaan di sana. Selama zaman penjajahan Belanda di Pulau ini, wanita-wanita Eropah mula mengenakan kebaya sebagai pakaian rasmi. Saban hari, kebaya diubah dari hanya menggunakan barang tenunan mori menggunakan sutera dengan sulaman warna-warni.

Batik Jawa
Batik
Batik berasal dari kata Jawa "amba" yang bermakna menulis, dan "nitik" yang bermakna membuat titik. Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap. Teknik batik telah diketahui lebih seribu tahun, kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Cameroon, Mali dan Nigeria; atau di Asia, seperti Bangladesh, India, Indonesia, Iran, Malaysia, Sri Lanka dan Thailand. Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di alam Melayu, dan sejak lama yang merangkumi negara-negara Asia Tenggara.

Songkok
Songkok merupakan sejenis topi tradisional bagi orang Melayu. Songkok juga dipakai sebagai pelangkap kepada baju Melayu yang dipakai untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Songkok ini popular bagi masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia dan selatan Thailand. Songkok ini dikatakan berasal dari fez yang dipakai di Ottoman Turki. Ia menjadi simbol identiti Islam dan menjadi popular di kalangan India Muslim dan menurut pakar kemudiannya beransur menjadi songkok di Alam Melayu. Di Indonesia, songkok juga dikenali dengan nama peci.

KESENIAN

Sastera Panji

Karya panji ialah karya yang isinya berkisar kisah pengembaraan, percintaan dan peperangan. Watak utamanya menggunakan gelaran panji. Sastera panji ialah kumpulan carita Jawa- Melayu yang semuanya berpusatkan Sang Panji, Putera Kuripan yang ada sifat mitologi. Cerita ini mengisahkan Panji yang berkelana untuk mencari kekasihnya yang biasa dinamakan Cendara Kirana Puteri Raja Daha yang hilang atau menyamarkan diri dan menjelma sebagai orang lain. Selama berkelana, Panji mengalami bermacam-macam peristiwa hingga akhirnya dapat juga bertemu dengan kekasihnya.

No comments:

Post a Comment