Pada minggu ini, berlakunya pembentangan projek CTU 555. Apa yang saya pelajari dalam menyiapkan tugasan itu ialah Sikap Amanah. Salah satu element yang terdapat dalam hasil kerja kami ialah sikap dalam kalangan pelajar pelajar yang gemar meniru ketika peperiksaan. Ini menunjukkan sikap yang kurang beretika malahan di murkai oleh Allah SWT kerana ianya melibatkan dengan konsep Amanah. Tidak amanah adalah satu dosa yang sangat dimurkai oleh Allah. Secara konklusinya, apabila kita tidak melatih diri kita untuk bersikap amanah kepada diri sendiri, masyarakat dan terutama sekali kepada Allah, kita akan menanamkan atau membaja sikap ini sehinggakan mampu memberi impak yang sangat besar di masa hadapan dimana akan lahirnya golongan golongan yang akan terjebak dalam pecah amanah atau rasuah. Hal ini akan memberi impak kepada masyarakat iaitu akan berlakunya penindasan. Golangan miskin dan sederhana akan ditindas, manakala golongan kaya makin terus kaya dengan adanya rasuah ini.
NUR AIN ADILLA BINTI ISMAIL- 2015134615
NUR AIN ADILLA BINTI ISMAIL- 2015134615
Pada minggu ini, kami telah
diberikan arahan untuk membentangkan projek kami yang bertajuk amanah dalam
melakukan pekerjaan. Namun, kumpulan saya tidak membawa laptop ketika ke bilik
Ustazah. Sebagai ketua kumpulan, saya berasa begitu bersalah dengan rakan yang
lain kerana dengan kecuaian saya, saya telah mengakibatkan masalah pada orang
lain. Syukur kerana Ustazah mahu memaafkan saya. Beliau juga telah memesan
sesuatu yang begitu penting iaitu perlu sentiasa peka dengan keadaan
sekeliling. Bermaksud, perlu menanyakan sahabat yang sudah mebuat pembentangan.
Walaupun begitu, saya yakin pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini dan
pastinya Allah mahu saya mempelajari sesuatu.
Oleh itu, saya berazam supaya
lebih peka dengan keadaan yang berlaku. Bukan itu sahaja, saya berazam untuk
tidak terlalu bergantung pada rakan-rakan yang lain dan lebih bertanggungjawab.
ANIS SHAHIRAH BINTI MOHD SHAHADAN - 2015182001
Pada minggu ini, kumpulan kami ditugaskan untuk membentangkan projek iaitu video mengenai sikap amanah. Apa yang saya dapat melalui perbincangan video ialah kita perlu sentiasa amanah dalam segala pekerjaan yang dilakukan samaada amanah dalam berjanji mahupun amanah dalam menepati masa. Kegagalan menunaikan amanah dengan sempurna akan memberi kesan dalam hidup kita. Sebagai contoh, akibat gagal menjalankan tugasan yang diberikan dengan sempurna kumpulan kami tidak dapat menunjukkan hasil projek dengan sepenuhnya kerana Ustazah tidak dapat menilai video kami. Oleh itu, saya berazam untuk berusaha menjalankan amanah saya sebagai seorang pelajar sebaik mungkin untuk mengelak perkara ini daripada berulang.
HIDAYATUL FATIHAH BINTI AHMAD ROSNI - 2015140703
Pada minggu ini, Ustazah menugaskan kami semua pelajarnya untuk membentangkan video projek masing-masing. Pada hari yang ditetapklan untuk kumpulan kami bentangkan.. kumpulan kami telah lupa untuk membawa laptop. Ia memang salah kami kerana tidak membuat persiapan yang sepatutnya. Saya amat rasa bersalah dan malu kerana tidak bersikap lebih bersedia untuk tugas tersebut. Video kumpulan kami mengenai amanah telah kami siapkan dan bersedia untuk bentangkan kepada Ustazah, namun tidak berkemampuan melakukannya. Saya dan ahli kumpulan yang lain amat rasa bersalah dan menyesal kerana tidak lebih bersedia. Dengan itu saya berazam untuk lebih bersedia dan berusaha untuk bersikap lebih baik pada masa akan datang.
NUR SYAZA BINTI ZULKIFLI - 2015182377
NOR ADLINA BINTI MOHD ZAINURI - 2015140593
AIDA RASYIQAH BINTI MANSOR - 2015116229
Pada minggu ini, semua kumpulan membentangkan projek kami kepada ustazah. Oleh itu, saya telah mempelajari bahawa pentingnya persediaan sebelum melakukan sesuatu. Kita seharusnya mempunyai lebih pengetahuan terutama jika ingin bercakap mengenainya. Pengetahuan yang lebih mampu memberi kita idea-idea yang lebih bernas dan tidak menyimpang daripada apa yang sepatutnya diperkatakan.
Oleh itu, saya berazam untuk lebih bersedia mental dan fizikal jika ingin berhadapan dengan sesuatu perkara.
ANIS SHAHIRAH BINTI MOHD SHAHADAN - 2015182001
Pada minggu ini, kumpulan kami ditugaskan untuk membentangkan projek iaitu video mengenai sikap amanah. Apa yang saya dapat melalui perbincangan video ialah kita perlu sentiasa amanah dalam segala pekerjaan yang dilakukan samaada amanah dalam berjanji mahupun amanah dalam menepati masa. Kegagalan menunaikan amanah dengan sempurna akan memberi kesan dalam hidup kita. Sebagai contoh, akibat gagal menjalankan tugasan yang diberikan dengan sempurna kumpulan kami tidak dapat menunjukkan hasil projek dengan sepenuhnya kerana Ustazah tidak dapat menilai video kami. Oleh itu, saya berazam untuk berusaha menjalankan amanah saya sebagai seorang pelajar sebaik mungkin untuk mengelak perkara ini daripada berulang.
HIDAYATUL FATIHAH BINTI AHMAD ROSNI - 2015140703
Pada minggu ini, Ustazah menugaskan kami semua pelajarnya untuk membentangkan video projek masing-masing. Pada hari yang ditetapklan untuk kumpulan kami bentangkan.. kumpulan kami telah lupa untuk membawa laptop. Ia memang salah kami kerana tidak membuat persiapan yang sepatutnya. Saya amat rasa bersalah dan malu kerana tidak bersikap lebih bersedia untuk tugas tersebut. Video kumpulan kami mengenai amanah telah kami siapkan dan bersedia untuk bentangkan kepada Ustazah, namun tidak berkemampuan melakukannya. Saya dan ahli kumpulan yang lain amat rasa bersalah dan menyesal kerana tidak lebih bersedia. Dengan itu saya berazam untuk lebih bersedia dan berusaha untuk bersikap lebih baik pada masa akan datang.
NUR SYAZA BINTI ZULKIFLI - 2015182377
Pada minggu ini, Ustazah telah menyuruh kami membentangkan tugasan
berkumpulan bertajuk “Amanah dalam Melakukan Kerja”. Secara jujurnya ketika
mengetahui kami perlu membentangkan video itu pada minggu ini, kumpulan kami
tidak lagi menyediakan video itu dan kami terburu-buru menyiapkan tugasan ini.
Dari segi persediaan kami sangat tidak bersedia dan telah menyebabkan
pembentangan itu tidak berjalan dengan lancar. Jadi dengan itu, saya telah
berazam bahawa saya tidak boleh hanya bergantung kepada ketua kumpulan untuk
menguruskan segalanya tetapi saya juga perlu peka dan ambil tindakan tanpa
menunggu arahan daripada ketua.
NOR ADLINA BINTI MOHD ZAINURI - 2015140593
Pada minggu ini, pembentangan projek akhir bagi subjek ini
telah dijalankan. Sewaktu pembentangan yang dijalankan di bilik ustazah,
ustazah telah bertanyakan tentang apa yang kami pelajari sepanjang proses
melaksanakan tugasan akhir ini kepada setiap ahli. Apabila tiba giliran saya,
saya bercerita tentang bagaimana saya lebih mengenali rakan-rakan saya dalam
pelaksanaan tugasan ini dan entah bagaimana saya tiba-tiba menyentuh tentang
sifat dan personaliti saya yang kurang berkeyakinan dan sentiasa risaukan
pandangan dan kata-kata orang. Ustazah mula memberi nasihat kepada saya dan
mengatakan bahawa saya kena lebih bergaul dengan yang lain dan jangan suka
menyendiri.
Maka dengan itu saya berazam untuk cuba mengubah persepsi
dan mentaliti saya, serta mengubah sifat saya yang suka menyendiri.
No comments:
Post a Comment