Musawwah bermaksud sama rata. Manusia mempunyai pelbagai perbezaan dari segi kedudukan harta, rupa paras, kesihatan, pangkat dan darjat. Tetapi secara dasarnya manusia ini sama sahaja di sisi Allah SWT dan yang membezakan mereka antara satu sama lain ialah Ketaqwaan. Oleh itu, kita tidak perlulah mencemuh golongan yang tidak bernasib baik dari sudut pangkat, darjat, kewangan dan lain lain. Hal ini demikian kerana, semua itu adalah ujian semata-mata dan Allah mahu menilai ketaqwaan hambaNya untuk menempuhi dugaan kehidupan.
NUR AIN ADILLA BINTI ISMAIL -2015134615
Pada minggu ini saya telah mempelajari satu perkataaan yang dinamakan musawah. Musawah yang dipelajari bermaksud persamaan atau sama rata. Perkataan ini sebenarnya membuatkan saya terfikir mengenai keadaan negara pada masa sekarang ini. Jika zaman Rasulullah, musawah ini adalah sesuatu yang penting tetapi pada akhir zaman ini perkara ini hanya sekadar perkataan. Ini kerana, apa yang saya nampak hanyalah sekadar yang di atas tetap di atas dan yang bawah masih di bawah. Hal ini menyebabkan yang di atas sentiasa mendapat kelebihan dan pembelaan yang tidak sewajarnya, tetapi yang di bawah terus ditindas setiap hari. Apa yang ingin saya nyatakan, pembelaan pada masa kini tidak adil dan menindas orang yang tidak bersalah. Di mana sebenarnya wujud persamaan pada masa sekarang?
Oleh itu, saya berazam untuk mengamalkan sikap musawah ini tidak mengira pangkat seseorang.
ANIS SHAHIRAH BINTI MOHD SHAHADAN - 2015182001
Pada minggu ini perbincangan diteruskan lagi dengan sesi perkongsian mengenai Bab 8 : Islam dan Hubungan Etnik. Melalui perbincangan ini saya dapat mengetahui kembali sejarah zaman Rasullullah SAW dan para salafussoleh menjalankan pentadbiran dalam konteks ummah. Selain itu, saya turut mempelajari asas dan aplikasi dalam membina hubungan etnik menurut Islam. Antaranya ialah asas Al-Taaruf yang bermaksud berkenalan. Telah mejadi fitrah manusia untuk hidup slaing berkasih dan saling berhubung antara satu sama lain. Aplikasi dari sikap Al-Taaruf ialah wujudnya kemesraan sesama manusia dan nilai-nilai yang murni sepert mengambil-berat dan hormat-menghormati dapat dipupuk dalam diri setiap individu. Oleh itu, pemindahan nilai-nilai murni dan ilmu dapat berjalan dengan efektif. Saya berazam untuk mengaplikasikan konsep Al-Ta'aruf ini dalam kehidupan supaya mudah untuk bergaul dengan orang sekeliling.
HIDAYATUL FATIHAH BINTI AHMAD ROSNI- 2015140703
Saya telah mempelajari mengenai Sirah Rasulullah saw. Bab 8 ini menjelaskan cara pentadbiran para salafussoleh mentadbir ketika zaman Rasulullah saw. Apa yang saya dapat saya simpulkan ialah cara -cara tersebut ialah yang terbaik. kerana ketika itu adanya Nabi kita, Nabi Muhammad saw. Sebagai contoh, syura. Setiap masalah atau perkara akan berbincang bersama-sama. Walaupun setelah kewafatan Nabi Muhammad saw, majlis syura masih dilaksanakan untuk menguruskan hal-hal pentadbiran.
Dengan itu saya berazam untuk setiap masalah saya akan berbincang dulu bersama-sama dan tidak membuat keputusan tanpa memikirkan orang lain.
NUR SYAZA BINTI ZULKIFLI - 2015182377
NOR ADLINA BINTI MOHD ZAINURI - 2015140593
Pada minggu ini saya telah mempelajari tentang prinsip-prinsip Islam, serta asas dan aplikasi hubungan etnik menurut Islam. Salah satu prinsip dalam Islam adalah prinsip Huruiyyah yang membawa maksud bebas. Ia menerangkan bahawa tiada paksaan di dalam Islam dan kita berhak untuk melakukan segala apa yang kita suka selagi mana ia tidak melanggar undang-undang. Prinsip ini juga membawa makna bahawa kita berhak untuk menyuarakan pendapat dan begerak ke mana sahaja selagi kita bermaksud baik dan bukan untuk menimbulkan perpecahan.
Dalam asas dan aplikasi pula, salah satu asas yang saya pelajari ialah al-Taaruf yang membawa maksud berkenalan. Islam menggalakkan umat manusia untuk saling berkenalan antara satu sama lain kerana dengan taaruf akan berlakunya perkongsian ilmu. Tambahan pula, dengan berlakunya al-Taaruf, akan berlakulah asas-asas yang lain seperti at-Tafahum, at-Ta’awun, al-Ukhuwah dan al-Mahabbah.
Maka dengan itu saya berazam untuk berkenalan dengan rakan-rakan baru dan lebih mengenali dan memahami rakan-rakan saya untuk mengeratkan lagi ukhuwah persahabatan yang terjalin.
NUR AIN ADILLA BINTI ISMAIL -2015134615
Pada minggu ini, Ustazah tidak
dapat hadir ke kelas kerana beliau kurang sihat tetapi beliau telah memberikan
tugasan kepadaa para pelajar iaitu melakukan pembentangan tanpa beliau. Kalau di
ikutkan, kami boleh sahaja ponteng kelas dan tidak melakukan pembentangan
tersebut. Dalam kuantiti pelajar yang begitu ramai iaitu lebih kurang 200
orang, ponteng kelas mungkin tidak terlalu ketara. Namun, apa yang mengagumkan
saya adalah kuantiti pelajar waktu itu sama sahaja pada setiap minggu. Bukan itu
sahaja, pembentangan juga berjalan begitu lancer. Hal ini menunjukkan
sahabat-sahabat jujur dengan sendiri dan melaksanakan amanah yang diberikan
oleh ustazah dengan begitu baik sekali.
Oleh itu, saya berazam untuk
terus mengenali sahabat-sahabat di sekeliling saya kerana saya dapat lihat saya
sudah berada dalam biah yang baik. Secara jujurnya, tidak semua sahabat di
dalam tersebut saya kenali kerana untuk pelajaran CTU, beberapa kelas telah
digabungkan. Jadi, ada di antara mereka yang saya hanya jumpa seminggu sekali
iaitu pada waktu kelas CTU.
AIDA RASYIQAH BINTI MANSOR -2015116229Pada minggu ini saya telah mempelajari satu perkataaan yang dinamakan musawah. Musawah yang dipelajari bermaksud persamaan atau sama rata. Perkataan ini sebenarnya membuatkan saya terfikir mengenai keadaan negara pada masa sekarang ini. Jika zaman Rasulullah, musawah ini adalah sesuatu yang penting tetapi pada akhir zaman ini perkara ini hanya sekadar perkataan. Ini kerana, apa yang saya nampak hanyalah sekadar yang di atas tetap di atas dan yang bawah masih di bawah. Hal ini menyebabkan yang di atas sentiasa mendapat kelebihan dan pembelaan yang tidak sewajarnya, tetapi yang di bawah terus ditindas setiap hari. Apa yang ingin saya nyatakan, pembelaan pada masa kini tidak adil dan menindas orang yang tidak bersalah. Di mana sebenarnya wujud persamaan pada masa sekarang?
Oleh itu, saya berazam untuk mengamalkan sikap musawah ini tidak mengira pangkat seseorang.
ANIS SHAHIRAH BINTI MOHD SHAHADAN - 2015182001
Pada minggu ini perbincangan diteruskan lagi dengan sesi perkongsian mengenai Bab 8 : Islam dan Hubungan Etnik. Melalui perbincangan ini saya dapat mengetahui kembali sejarah zaman Rasullullah SAW dan para salafussoleh menjalankan pentadbiran dalam konteks ummah. Selain itu, saya turut mempelajari asas dan aplikasi dalam membina hubungan etnik menurut Islam. Antaranya ialah asas Al-Taaruf yang bermaksud berkenalan. Telah mejadi fitrah manusia untuk hidup slaing berkasih dan saling berhubung antara satu sama lain. Aplikasi dari sikap Al-Taaruf ialah wujudnya kemesraan sesama manusia dan nilai-nilai yang murni sepert mengambil-berat dan hormat-menghormati dapat dipupuk dalam diri setiap individu. Oleh itu, pemindahan nilai-nilai murni dan ilmu dapat berjalan dengan efektif. Saya berazam untuk mengaplikasikan konsep Al-Ta'aruf ini dalam kehidupan supaya mudah untuk bergaul dengan orang sekeliling.
HIDAYATUL FATIHAH BINTI AHMAD ROSNI- 2015140703
Saya telah mempelajari mengenai Sirah Rasulullah saw. Bab 8 ini menjelaskan cara pentadbiran para salafussoleh mentadbir ketika zaman Rasulullah saw. Apa yang saya dapat saya simpulkan ialah cara -cara tersebut ialah yang terbaik. kerana ketika itu adanya Nabi kita, Nabi Muhammad saw. Sebagai contoh, syura. Setiap masalah atau perkara akan berbincang bersama-sama. Walaupun setelah kewafatan Nabi Muhammad saw, majlis syura masih dilaksanakan untuk menguruskan hal-hal pentadbiran.
Dengan itu saya berazam untuk setiap masalah saya akan berbincang dulu bersama-sama dan tidak membuat keputusan tanpa memikirkan orang lain.
NUR SYAZA BINTI ZULKIFLI - 2015182377
Pada minggu ini, saya telah mempelajari mengenai bagaimana Rasulullah
S.A.W dan khalifah-khalifah Islam yang terkenal menjalankan pentadbiran. Mereka
mengamalkan konsep syura’ di mana pada zaman Rasulullah S.A.W, baginda meminta
pendapat para sahabat. Namun tetapi konsep ini tidak diamalkan secara
menyeluruh kerana keputusan yang dibuat oleh Rasulullah adalah wahyu daripada
Allah. Pada zaman khalifah seterusnya, konsep ini diamalkan secara menyeluruh.
Hal ini dapat dilihat terutamanya ketika pemilihan khalifah seterusnya. Konsep
ini tidak memberatkan mana-mana pihak dan keadilan dapat dilaksanakan. Jadi
dengan itu, saya berazam untuk meminta pendapat orang lain ketika membuat
keputusan dan tidak terlalu terburu-buru. Saya mungkin nampak bahawa sesuatu
keputusan itu terbaik dari sisi pemikiran saya tetapi tidak orang lain.
NOR ADLINA BINTI MOHD ZAINURI - 2015140593
Pada minggu ini saya telah mempelajari tentang prinsip-prinsip Islam, serta asas dan aplikasi hubungan etnik menurut Islam. Salah satu prinsip dalam Islam adalah prinsip Huruiyyah yang membawa maksud bebas. Ia menerangkan bahawa tiada paksaan di dalam Islam dan kita berhak untuk melakukan segala apa yang kita suka selagi mana ia tidak melanggar undang-undang. Prinsip ini juga membawa makna bahawa kita berhak untuk menyuarakan pendapat dan begerak ke mana sahaja selagi kita bermaksud baik dan bukan untuk menimbulkan perpecahan.
Dalam asas dan aplikasi pula, salah satu asas yang saya pelajari ialah al-Taaruf yang membawa maksud berkenalan. Islam menggalakkan umat manusia untuk saling berkenalan antara satu sama lain kerana dengan taaruf akan berlakunya perkongsian ilmu. Tambahan pula, dengan berlakunya al-Taaruf, akan berlakulah asas-asas yang lain seperti at-Tafahum, at-Ta’awun, al-Ukhuwah dan al-Mahabbah.
Maka dengan itu saya berazam untuk berkenalan dengan rakan-rakan baru dan lebih mengenali dan memahami rakan-rakan saya untuk mengeratkan lagi ukhuwah persahabatan yang terjalin.
No comments:
Post a Comment