Friday, 9 December 2016

Refleksi Individu - Minggu Kesepuluh (15 Nov 2016)

NUR SYAFIQA BT DZULKIFLI - 2015136587


Politik memainkan peranan yang penting dalam membentuk masyarakat yang bersepdu. Antara tujuan politik berdasarkan Islam adalah untuk mendidik manusia  mengenal Allah SWT. Daripada tujuan utama itu, ianya akan mengajar manusia untuk beribadah dengan baik, di mana setiap perilaku perlulah didahului dengan sikap amanah dalam menjalankan tugas. Justeru itu, ia akan memberi impak yang sangat besar kepada masyarakat di dunia di mana ia akan memakmurkan bumi ini dengan nilai nilai yang positif.


NUR AIN ADILLA BINTI ISMAIL - 2015134615


Alhamdulillah, pada minggu ini saya telah mempelajari  tentang penghayatan rukun negara. Pada zaman persekolahan, rukun negara acapkali dibaca pada hari perhimpunan. Semua pelajar mampu menghafal dan membaca rukun negara dengan begitu lancar. Namun, tidak ramai yang betul-betul memahami apa yang disebutkan. Misalnya, rukun negara yang kedua iaitu kesetiaan pada Raja dan Negara. Ianya membawa maksud yang begitu mendalam iaitu sebagai rakyat, kita perlu patuh dan setia yang berkekalan kepada Raja dan Negara. Sebagai rakyat, kita perlu menghormati pemimpin.islam sendiri menekankan pentingnya taat kepada pemimpin. Jikalau pemimpin membuat kesalahan, rakyat seharusnya menegur dengan menggunakan saluran yang betul. Akhir sekali, sentiasa mendoakan kebaikan mereka dan mendoakan mereka supaya apa yang mereka lakukan adalah kerana Allah dan mendapat keberkatanNYA.

Oleh itu, saya berazam untuk turut memasukkan pemimpin dalam doa saya selepas solat. Bermaksud, saya ingin turut mendoakan kesejahteraan mereka supaya bumi Malaysia sentiasa mendapat redha ALLAH.


AIDA RASYIQAH BINTI MANSOR- 2015116229

Pada minggu ini saya telah mempelajari bahawa pentingnya rukun negara dalam pembentukan kerajaan Malaysia. Hal ini demikian kerana, di sebalik setiap rukun negara yang sepatutnya menjadi pegangan rakyat Malaysia membawa maksud yang tersendiri. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia seharusnya bukan sahaja menghayati tetapi memahami erti rukun negara itu sendiri. Rukun negara terdiri daripada lima prinsip atau pegangan iaitu

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran perlembangan
Kedaulatan undang-undang
Kesopanan dan kesusilaan

Oleh itu, saya berazam untuk menjadi seorang rakyat Malaysia yang berpegang dan meghayati erti rukun negara yang sebenar demi menjadi seorang rakyat yang inginkan Malaysia sentiasa dalam keadaan yang aman dan sejahtera.


ANIS SHAHIRAH BINTI MOHD SHAHADAN - 2015182001

Berdasarkan sesi perkongsian yang telah dijalankan, apa yang dapat saya pelajari ialah pentingnya untuk seseorang warganegara itu untuk mengetahui, memahami dan menghayati maksud Rukun Negara Malaysia. Selain itu, saya juga turut mempelajari mengenai kunci kekuatan orang Melayu. Bagaimana orang Melayu kuat dengan Islam dan kedudukan kita dapat dikukuhkan melalui Perlembagaan Malaysia. Tidak hairanlah suatu ketika dahulu Orang Melayu dapat monopoli perdagangan di Selat Melaka dan dikenali oleh seluruh dunia kerana mereka kuat secara dalaman dengan akidah Islam yang kukuh. Oleh itu, saya berazam untuk lebih memahami dan mendalami Prinsip Rukun Negara dan berbangga dengan tokoh sejarah kita.


HIDAYATUL FATIHAH BINTI AHMAD ROSNI - 2015140703

Saya telah mempelajari mengenai rukun negara. Betapa pentingnya seseorang itu untuk memahami maksud disebalik setiap rukun negara. Penghayatan rukun negara amat penting untuk menjadi masyarakat yang tahu akan kepentingan menjaga negara. Seterusnya, strategi survival  untuk kekuatan melayu berdasarkan sejarah iaitu, bahasa melayu, Islam, dan sikap keterbukaan.

Faktor-faktor ini lah yang menjadi melayu kuat. Selain itu, perlembagaan Malaysia juga secara tidak langsung memperkukuhkan lagi kedudukan melayu di Malaysia.


NUR SYAZA BINTI ZULKIFLI - 2015182377


Pada minggu ini, saya telah mempelajari bahawa sebagai warganegara Malaysia, saya perlu memahami dan menghayati rukun negara Malaysia. Rukun negara Malaysia mengandungi lima perkara iaitu; Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang dan akhir sekali Kesopanan dan Kesusilaan. Penghayatan setiap satu perkara ini akan membuatkan semua individu yang berwarganegarakan Malaysia menjadi lebih bangga terhadap negara sendiri dan akan sentiasa untuk menjaga nama baik negara. Tambahan pula, penghayatan terhadap rukun negara juga akan membendung masalah-masalah dalaman dan bersifat perkauman yang sedang berlaku di negara kita ini. Masalah-masalah ini berlaku bila rakyat Malaysia sendiri tidak cuba untuk memahami dan menghayati perkara-perkara yang terkandung di dalam Rukun Negara. Oleh dengan itu, saya berazam untuk tidak hanya menghafal Rukun Negara tetapi juga cuba untuk memahami dan menghayati Rukun Negara Malaysia.



NOR ADLINA BINTI MOHD ZAINURI - 2015140593

Pada minggu ini saya telah mempelajari tentang Rukun Negara dan Strategi Survival Melayu. Seperti yang kita ketahui, rukun negara kita ada lima; kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesopanan dan kesusilaan. Sebagai rakyat Malaysia, kita bukan sahaja perlu mengingati rukun-rukun ini, bahkan kita perlu memahami dan menghayatinya. Sebagai contoh adalah rukun negara yang pertama; Kepercayaan kepada Tuhan. Walaupun rakyat Malaysia ini terdiri daripada berbilang kaum, bangsa dan agama, semua rakyat percaya bahawa Tuhan itu ada dan wujud.

Dalam tajuk strategi survival Melayu pula, saya mempelajari tentang survival Melayu dari aspek politik, ekonomi, pendidikan dan institusi kekeluargaan. Saya juga belajar tentang mentaliti orang Melayu, sebagai contoh dalam aspek politik di mana terdapat golongan yang tidak ambil tahu tentang apa yang berlaku di dalam politik kerana mereka menganggap bahawa politik ini kotor. Mentaliti ini perlu diubah kerana politik itu kotor kerana orang yang menguruskannya itu sendiri.

Maka dengan itu, saya berazam untuk lebih menghayati Rukun Negara serta mengubah mentaliti saya tentang apa yang berlaku di Malaysia ini dengan mengambil tahu dan menyelidiki tentang isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling saya.

 


No comments:

Post a Comment