Saturday, 10 December 2016

Tahap Ekonomi Malaysia

Berdasarkan rajah di bawah, kita dapat menilai tahap ekonomi Malaysia dari tahun 2014-2016.

Pertumbuhan Tahunan,% (sekiranya tidak dinyatakan)
2014
2015
2016
Keluaran Dalam Negeri Kasar Sebenar (KDNK)
6.0
5.0
4.31
Kadar Pengangguran, %
2.9
3.1
3.52
BOP Baki Akaun Semasa, % ke atas PNK
4.5
3.1
2.01
Eksport Dagangan
6.4
1.9
0.53
Import Dagangan
5.3
0.4
0.72
Indeks Harga Pengguna
3.2
2.1
1.52
Rizab Antarabangsa BNM, RM billion (bersih)
405.5
409.1
405.5
                               

1) Indikator yang pertama untuk menilai tahap ekonomi Malaysia ialah Keluaran Dalam Negeri Kasar Sebenar (KDNK). Keluaran dalam negara kasar (KDNK) sesebuah negara adalah satu cara untuk mengukur ekonomi nasional sesebuah negara. KDNK bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barangan dan perkhidmatan terakhir yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu . Ia juga mengambil kira jumlah nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barangan dan perkhidmatan terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam nilai wang. Dengan kata lain, anda perlu mencampurkan perbelanjaan pengguna, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan kerajaan, dan nilai eksport dan ditolak dengan nilai import. Pengukuran KDNK lazimnya digunakan untuk tahu keadaan ekonomi sesebuah negara. Negara yang mempunyai KDNK yang tinggi selalunya negara kuasa besar ekonomi.

Jadi, KDNK Malaysia telah menurun secara berturut turut dari tahun 2014 hngga ke tahun 2016.

2) Indikator yang kedua ialah Kadar Pengangguran dalam peratusan (%). Kadar penganguran sangat praktikal untuk dijadikan sebagai ukuran ekonomi dan mudah di fahami oleh semua rakyat. Kadar penganguran di Malaysia turut meningkat dari tahun 2014 sehingga 2016. Adakah negara kita berada di tahap ekonomi yang memuaskan dengan berlakunya peningkatan kadar penganguran? Tentu lah tidak. Anda boleh menilainya.

3) BOP Baki Akaun Semasa, % ke atas PNK menunukkan penurunan dari 4.5% ke 2.0%. Apakah tafsirannya? Akaun semasa (BOP) mengukur peruntukan bersih sumber sebenar iaitu barangan, perkhidmatan, pendapatan primer dan sekunder kepada atau daripada seluruh dunia. Lebihan dalam akaun berlaku apabila pendapatan melebihi perbelanjaan, manakala defisit berlaku jika ia sebaliknya. DEfisit dalam akaun semasa mungkin dibiayai oleh aliran masuk pelaburan asing atau pinjaman luar negara atau penggunaandalam aset rizab. Jadi baki akaun semasa Malaysia menunjukan penurunan dari tahun 2014 ke tahun 2016.

4) Eksport Dagangan menunjukkan penurunan yang sangat ketara. Ianya mungkin disebabkan oleh faktor penurunan nilai matawang Malaysia. Salah satu faktor mengapa kadar nilai matawang Malaysia telah menurun ialah disebabkan para pelabur asing tidak lagi berminat untuk melabur atau memperluaskan ekonomi mereka di Malaysia. Jadi, kebanyakkan dai  mereka tidak lagi beroperasi di Malaysia dan menyebabkan nilai matawang kita jatuh.

5) Import Dagangan juga menunjukkan penurunan dari tahun 2014 sehingga tahun 2016. Sepertti yang kita tahu, Malaysia telah menetapkan cukai barangan dan perkhidmat. Import dagangan juga terpalit dengan kesan kesan daripada perlaksanaan GST. Dimana cukai akan dikenakan keatas barangan tersebut malah cukai juga di kenakan keatas import duty.

6) Indeks harga pengguna atau IHP (Bahasa Inggeris: Consumer Price Index, CPI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mengukur atau menentukan kadar inflasi. IHP mengukur harga purata barang dan perkhidmatan yang biasanya digunakan oleh isi rumah pada tempoh masa yang ditetapkan. IHP diukur dengan membandingkan purata harga barangan dan perkhidmatan pada tahun asas dengan purata harga barang pada tahun semasa. 

Kesan peningkatan indeks harga pengguna  ialah harga barang dan perkhidmatan akan meningkat termasuk harga barang keperluan. Peningkatan harga ini turut mempengaruhi harga barang-barang lain. Peniaga atau penjual akan mengambil kesempatan kenaikan harga ini lalu menindas pengguna. Peniaga-peniaga juga akan menyorokkan barang dan akan menjualnya apabila harga naik. Selain itu, rakyat di negara tersebut juga akan mengalami kesukaran hidup akibat kemiskinan. Pengguna akan mengurangkan perbelanjaan malah banyak keperluan harian mereka tidak dapat dipenuhi. Jadi, rakyat terpaksa berhutang untuk berbelanja. Di samping itu, pertumbuhan ekonomi sesebuah negara akan terjejas. Hal ini akan mengakibatkan nilai mata wang negara tersebut susut. Hali ini akan mempengaruhi perdagangan antarabangsa. Malah peluang-peluang pelaburan asing di negara tersebut akan kurang atau pelabur akan menarik balik pelaburan mereka dari negara tersebut.

Jadual di atas bagi tahun 2016 adalah data dari september 2016. Jadi ianya 'bias' atau 'Irrelevant' untuk dibandingkan dengan tahun 2014 dan tahun 2015.

Friday, 9 December 2016

Video CTU 555

MENUNAIKAN SEMUA AMANAH DENGAN CEKAP DAN SEMPURNA

Untuk menonton video: https://youtu.be/wZQ-yXxi1o4

BAB 8: Asas dan Aplikasi AL- TAARUF

BAB 8: ASAS DAN APLIKASI - AL-TAARUF by Nursyafiqa Dzulkifli on Scribd

Refleksi Individu - Minggu Kedua belas (06 Dec 2016)

NUR SYAFIQA BT DZULKIFLI - 2015136587


Pada minggu ini, berlakunya pembentangan projek CTU 555. Apa yang saya pelajari dalam menyiapkan tugasan itu ialah Sikap Amanah. Salah satu element yang terdapat dalam hasil kerja kami ialah sikap dalam kalangan pelajar pelajar yang gemar meniru ketika peperiksaan. Ini menunjukkan sikap yang kurang beretika malahan di murkai oleh Allah SWT kerana ianya melibatkan dengan konsep Amanah. Tidak amanah adalah satu dosa yang sangat dimurkai oleh Allah. Secara konklusinya, apabila kita tidak melatih diri kita untuk bersikap amanah kepada diri sendiri, masyarakat dan terutama sekali kepada Allah, kita akan menanamkan atau membaja sikap ini sehinggakan mampu memberi impak yang sangat besar di masa hadapan dimana akan lahirnya golongan golongan yang akan terjebak dalam pecah amanah atau rasuah. Hal ini akan memberi impak kepada masyarakat iaitu akan berlakunya penindasan. Golangan miskin dan sederhana akan ditindas, manakala golongan kaya makin terus kaya dengan adanya rasuah ini. 


NUR AIN ADILLA BINTI ISMAIL- 2015134615

Pada minggu ini, kami telah diberikan arahan untuk membentangkan projek kami yang bertajuk amanah dalam melakukan pekerjaan. Namun, kumpulan saya tidak membawa laptop ketika ke bilik Ustazah. Sebagai ketua kumpulan, saya berasa begitu bersalah dengan rakan yang lain kerana dengan kecuaian saya, saya telah mengakibatkan masalah pada orang lain. Syukur kerana Ustazah mahu memaafkan saya. Beliau juga telah memesan sesuatu yang begitu penting iaitu perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Bermaksud, perlu menanyakan sahabat yang sudah mebuat pembentangan. Walaupun begitu, saya yakin pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini dan pastinya Allah mahu saya mempelajari sesuatu.

Oleh itu, saya berazam supaya lebih peka dengan keadaan yang berlaku. Bukan itu sahaja, saya berazam untuk tidak terlalu bergantung pada rakan-rakan yang lain dan lebih bertanggungjawab.

AIDA RASYIQAH BINTI MANSOR - 2015116229 

Pada minggu ini, semua kumpulan membentangkan projek kami kepada ustazah. Oleh itu, saya telah mempelajari bahawa pentingnya persediaan sebelum melakukan sesuatu. Kita seharusnya mempunyai lebih pengetahuan terutama jika ingin bercakap mengenainya. Pengetahuan yang lebih mampu memberi kita idea-idea yang lebih bernas dan tidak menyimpang daripada apa yang sepatutnya diperkatakan. 

Oleh itu, saya berazam untuk lebih bersedia mental dan fizikal jika ingin berhadapan dengan sesuatu perkara.

ANIS SHAHIRAH BINTI MOHD SHAHADAN - 2015182001

Pada minggu ini, kumpulan kami ditugaskan untuk membentangkan projek iaitu video mengenai sikap amanah. Apa yang saya dapat melalui perbincangan video ialah kita perlu sentiasa amanah dalam segala pekerjaan yang dilakukan samaada amanah dalam berjanji mahupun amanah dalam menepati masa. Kegagalan menunaikan amanah dengan sempurna akan memberi kesan dalam hidup kita. Sebagai contoh, akibat gagal menjalankan tugasan yang diberikan dengan sempurna kumpulan kami tidak dapat menunjukkan hasil projek dengan sepenuhnya kerana Ustazah tidak dapat menilai video kami. Oleh itu, saya berazam untuk berusaha menjalankan amanah saya sebagai seorang pelajar sebaik mungkin untuk mengelak perkara ini daripada berulang.


HIDAYATUL FATIHAH BINTI AHMAD ROSNI - 2015140703

Pada minggu ini, Ustazah menugaskan kami semua pelajarnya untuk membentangkan video projek masing-masing. Pada hari yang ditetapklan untuk kumpulan kami bentangkan.. kumpulan kami telah lupa untuk membawa laptop. Ia memang salah kami kerana tidak membuat persiapan yang sepatutnya. Saya amat rasa bersalah dan malu kerana tidak bersikap lebih bersedia untuk tugas tersebut. Video kumpulan kami mengenai amanah telah kami siapkan dan bersedia untuk bentangkan kepada Ustazah, namun tidak berkemampuan melakukannya. Saya dan ahli kumpulan yang lain amat rasa bersalah dan menyesal kerana tidak lebih bersedia. Dengan itu saya berazam untuk lebih bersedia dan berusaha untuk bersikap lebih baik pada masa akan datang.

NUR SYAZA BINTI ZULKIFLI - 2015182377



Pada minggu ini, Ustazah telah menyuruh kami membentangkan tugasan berkumpulan bertajuk “Amanah dalam Melakukan Kerja”. Secara jujurnya ketika mengetahui kami perlu membentangkan video itu pada minggu ini, kumpulan kami tidak lagi menyediakan video itu dan kami terburu-buru menyiapkan tugasan ini. Dari segi persediaan kami sangat tidak bersedia dan telah menyebabkan pembentangan itu tidak berjalan dengan lancar. Jadi dengan itu, saya telah berazam bahawa saya tidak boleh hanya bergantung kepada ketua kumpulan untuk menguruskan segalanya tetapi saya juga perlu peka dan ambil tindakan tanpa menunggu arahan daripada ketua.

NOR ADLINA BINTI MOHD ZAINURI - 2015140593


Pada minggu ini, pembentangan projek akhir bagi subjek ini telah dijalankan. Sewaktu pembentangan yang dijalankan di bilik ustazah, ustazah telah bertanyakan tentang apa yang kami pelajari sepanjang proses melaksanakan tugasan akhir ini kepada setiap ahli. Apabila tiba giliran saya, saya bercerita tentang bagaimana saya lebih mengenali rakan-rakan saya dalam pelaksanaan tugasan ini dan entah bagaimana saya tiba-tiba menyentuh tentang sifat dan personaliti saya yang kurang berkeyakinan dan sentiasa risaukan pandangan dan kata-kata orang. Ustazah mula memberi nasihat kepada saya dan mengatakan bahawa saya kena lebih bergaul dengan yang lain dan jangan suka menyendiri.
Maka dengan itu saya berazam untuk cuba mengubah persepsi dan mentaliti saya, serta mengubah sifat saya yang suka menyendiri.