Thursday, 29 September 2016

Refleksi Individu - Minggu Ketiga (27 Sept 2016)

NUR SYAZA BINTI ZULKIFLI - 2015182377


Pada hari ini, saya telah mempelajari perjelasan tafsir ayat 173 surah Al-‘Araf. Saya juga telah diingatkan oleh Ustazah bahawasanya bukan sahaja manusia yang mebuat perjanjian dengan Allah bahkan iblis juga telah membuat perjanjian dengan Allah untuk menyesatkan umat nabi Adam. Saya juga telah diingatkan tentang sifat-sifat mazmumah Iblis agar tidak terjebak sama di dalam permainan Iblis. Melalui perjanjian iblis dengan Allah ini saya telah berazam untuk mengambil iktibar dari sifat sombong dan riak iblis di mana iblis enggan sujud kepada nabi Adam sepertimana yang telah diperintahkan olleh Allah hanya kerana iblis dibuat daripada api manakala nabi Adam daripada tanah. Saya tidak perlu merasa bangga diri dengan kelebihan yang ada pada diri tetapi beringat bahawa kelebihan dari Allah untuk menguji manusia. Ustazah juga telah menerangkan konsep hubungan dengan masyarakat yang boleh dipecahkan kepada positif (akomodasi -> akulturasi -> asimilasi -> amalgamasi) dan juga negatif (prejudis -> sterotaip -> diskriminasi).


HIDAYATUL FATIHAH BINTI AHMAD ROSNI - 2015140703

Pada hari ini, saya telah mempelajari mengenai perjanjian iblis. Kisah keenggaan Iblis yang tidak mahu menunduk kepada Nabi Adam kerana Nabi Adam dibuat daripada tanah liat tidak seperti iblis sombong yang dibuat dari api. Allah telah melaknat Iblis dan Iblis telah berjanji akan menyesatkan Bani Adam sehingga kiamat kelak. Justeru itu, ketauhidan kepada Allah amat penting pada zaman sekarang. Sentiasa bersangka baik kepada Allah. Ustazah juga menjelaskan mengenai tahap hubungan masyarakat yang terbahagi kepada positif dan negatif. Maka dengan itu, saya berazam untuk bersangka baik dengan Allah dan cuba untuk menjadi masyarakat yang baik dan prihatin. Saya juga mengetahui tentang perjuangan sebenar di bumi ini. Pertama melawan tipu daya syaitan , kedua mengotakan janji kepada Allah dan mentauhidkan Allah SWT.



NUR SYAFIQA BT DZULKIFLI - 2015136587

Pada minggu ini, kami mempelajari tentang 5 alam, sambungan dari minggu ke 2, iaitu alam kubur dan alam akhirat. Seterusnya kesan daripada hidup bermasyarakat memberi kesan positif dan negatif. Kesan positif daripada hidup bermasyarakat ialah akomodasi, akulturasi,asimilasi dan amalgamasi. Manakala kesan negatifnya ialah prejudis, stereotype dan diskrminasi. Tetapi sebelum memulakan kelas, ustazah memberikan situasi anak dan ibu dimana ibu itu tidak mengredhai anaknya yang telah berbuat jahat walaupun anaknya sudah meminta maaf.

Daripada situasi tersebut, apa yang dipelajari oleh saya ialah syaitan merupakan musuh utama bagi anak-anak Adam. Apabila ibu itu tidak redha kepada anaknya, ia telah memenangkan syaitan dalam misinya untuk menghancurkan manusia ke lembah neraka dimana redha Allah terletak kepada redha kedua ibubapa. Bagi pihak anak pulak, dia perlulah berusaha untuk meminta maaf kepada ibunya dan bersungguh-sunggu untu bertaubat kerana setiap insan mempunya pilihan utuk berubah. Allah SWT Maha Pengampun, jadi jangalah kita berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Maka saya berazam untuk sentiasa menggembirakan hati kedua ibu bapa saya dan mendoakan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat. Apa yang paling penting sekali ialah saya bertekad untuk memerangi sifat sifat iblis.

NUR AIN ADLLA BINTI ISMAIL - 2015134615

            Pada minggu ini, saya telah mempelajari tentang maksud etnik dan tahap hubungan dalam masyarakat yang terbahagi kepada dua iaitu positif (akomodasi, akulturasi, amalgamasi) dan negatif (prejudis, stereotype,diskriminasi). Namun, suka saya untuk berkongsi tentang tahap yang negatif. Prejudis bermksud kita pandang negatif terhadap oang lain walhal tidak kenal lagi. Sebagai contoh, apabila melihat wanita Islam yang tidak memakai tudung, masyarakat akan menganggap ,ereka mempunyai masalah sosial. Saya telah pelajari bahawa kita mestilah bersangka baik dengan semua manusia kerana kita dijadikan dari sisi Allah di mana roh kita mulia. Jika rosak perangainya maka rohnya  lah yang perlu  dirawat semula. Apabila kita meluahkan prejudis tersebut, maka ion yang lebih negative akan terhasil iaitu terjadilah steorotype. Namun, apa yang paling membimbangkan adalah terjadinya diskriminasi yang akan memecahbelahkan masyarakat.
                
              Dengan itu, saya berazam untuk  lebih bersangka baik dengan keluarga, kawan-kawan, jiran-jiran, para pensyarah dan yang paling utama dengan Allah. Di samping itu, saya juga berazam untuk menghadiri majlis ilmu yang diadakan di universiti supaya hati lebih dekat dengan Allah. AMIN !


NOR ADLINA BINTI MOHD ZAINURI - 2015140593

Pada hari ini saya telah mempelajari bahawa di dunia ini kita ada perjuangan untuk mengotakan janji kita sewaktu di alam roh (perjanjian asali) dan seterusnya mengajak manusia lain sama. Pada hari kiamat nanti pula akan ada dua sifat manusia iaitu sifat berhelah dan sifat menyalahkan orang lain (surah al-A’raf ayat 173). Di samping itu, saya juga telah mempelajari bahawa hubungan antara manusia ini boleh menuju ke arah positif atau negatif, di mana ini semua berbalik kepada roh kita sama ada sihat atau tidak. Jika positif, akan berlakunya proses akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi. Jika negatif pula akan berlakunya proses prejudis, stereotaip dan seterusnya diskriminasi.


Maka dengan itu saya berazam untuk sentiasa bersangka baik dan memandang orang lain dengan pandangan yang positif. Walaupun seseorang itu terlihat buruk secara zahir, dalamannya hanya Allah yang tahu.

ANIS SHAHIRAH BINTI MOHD SHAHADAN - 2015182001

Pada hari ini saya telah mempelajari betapa pentingnya agama dan kepercayaan dalam membentuk sesebuah masyarakat. Agama merupakan kunci kepada keharmonian masyarakat. Tidak ada seorang manusia pun yang boleh hidup seorang diri tanpa bantuan sesiapa. Kita saling bergantung antara satu sama lain untuk hidup. Kerana itulah agama amat penting dalam masyarakat kerana apabila seseorang itu mempunyai pegangan dia tidak akan mudah goyah dan terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang negatif.

Oleh itu, saya berazam untuk bersikap lebih terbuka dalam memandang masyarakat. Janganlah kita menghina seseorang itu hanya kerana perbezaan agama dan bangsa. Setiap agama mempunyai nilai-nilai baik yang diterapkan kepada penganutnya. Jika seseorang itu berbuat jahat, berilah peluang kepada mereka umtuk berubah. Jangan pula kita terus memulaukan mereka dan mengkritik perbuatannya. Sebaliknya, berilah bimbingn dan nasihat agar dia berbuat baik. 


AIDA RASYIQAH BINTI MANSOR - 2015116229

Pada minggu ini, saya telah mempelajari bahawa sesunguhnya iblis telah  berjanji untuk menyesatkan manusia. Iblis telah diberikan tempoh sehingga kiamat untuk menyesatkan manusia kecuali hamba yang dibersihkan dari syirik. Oleh itu, saya belajar bahawa terdapat beberapa perjuangan masyarakat manusia di dunia iaitu perjuangan mengotakan janji utuk mentauhidkan Allah S.W.T. dan berbuat baik.

Maka dengan itu, saya beraazam untuk meninggalkan perkara perkara yang akan menjuerumuskan diri dalam permainan syaitan sentiasa berusaha untuk mengotakan janji saya iaitu mentauhidkan Allah S.W.T..

No comments:

Post a Comment