Thursday, 6 October 2016

Refleksi Individu - Minggu Keempat ( 04 Oct 2016)

NUR SYAZA BINTI ZULKIFLI - 2015182377

Pada hari ini, Ustazah telah memperingatkan kepada para pelajar supaya membuat sebuah blog bagi memuatkan segala apa yang diperlukan untuk penilaian subjek ini maka dengan itu terhasillah blog Nahnu wa Islam ini =). Ustazah juga telah mengadakan aktiviti berkumpulan supaya kami berbincang mengenai tafsiran surah Al- Hujraat  ayat 6-13. Ayat 6 surah ini telah mengingatkan orang-orang beriman agar bejaga-jaga mengenai orang fasik, terutama sekali apabila orang fasik yang membawa sesuatu berita. Kita disuruh oleh Allah untuk menteliti dan menyelidik terlebih dahulu  berita tersebut kerana dikhuatiri kita menerima berita yang salah dan apabila kita menyebarkan berita itu, kita juga telah menyebarkan fitnah. Ayat 7 surah ini pula menekankan bahawa kita perlu mengenal Rasulullah agar kita mendapat petunjuk dari Allah. Maka dengan ini saya telah berazam untuk tidak terburu-buru menyebarkan atau mengkongsikan apa-apa berita tanpa diselidiki terlebih dahulu terutamanya di dalam media sosial. Saya juga menanamkan azam di dalam hati untuk lebih mengetahui mengenai Rasulullah dan sentiasa untuk lebih mencintai Allah dan Rasulullah di dalam hati.


HIDAYATUL FATIHAH BINTI AHMAD ROSNI - 2015140703

Pada hari ini, Ustazah mulakan kelas dengan revision mengenai pengajian minggu lepas. Ustazah juga bertanya mengapa negara Islam/Islam paling teruk diserang? Baru saya tahu sebabnya. Agama ISLAM ini agama yang KEKAL ajarannya sepanjang zaman. Agama yang tidak perlu mengikuti penganutnya. Kerana agama Islam ini bersifat menyeluruh dan melengkapi. Ustazah juga memberi sedikit tazkirah sempena Maal Hijrah. Antara intipatinya ialah perhambaan kepada Allah SWT itu penting untuk menakutkan syaitan dan cahaya Rasulullah saw dapat mengenal kita kepada Allah SWT. Selepas itu, Ustazah mulakan dengan aktiviti berkumpulan seperti mentafsir surah Al-Hujurat. Di mana keseluruhan ayat 6 dan 7 supaya kita berwaspada dengan orang fasik dan jika ingin mendapat petunjuk dari Allah kita perlulah mengenal Rasulullah saw.Maka dengan itu, saya berazam untuk lebih mengenal Rasulullah saw.



NUR SYAFIQA BT DZULKIFLI - 2015136587 

Pada minggu ini, saya telah mempelajari ayat kefahaman surah al hujurat ayat 6-7. Berdasarkan ayat tersebut, kita janganlah mudah mempercayai berita-berita atau bahasa moden terutamanya melibatkan aib seseorang. Berita yang samar-samar akan kebenarannya perlu diteliti dan mendapat kepastian dari sumber yang sah bukannya disebarkan berita tersebut dengan tujuan mencari simpati, publisiti atau sengaja atau tidak sengaja mencari kesalahan orang lain dengan niat yang pelbagai seperti hasad dengki, amarah, tidak puas hati dan seumpamanya. Jika wujud keraguan dalam berita atau khabar angin tentang sesuatu perkara hendaklah dijauhi dan dibuang jauh-jauh kerana ianya akan menjerumus kepada perpecahan dan penyesalan. Segeralah menyesal dan memohon ampun kepada Allah jika tersilap dalam berbicara atau menyebarkan berita yang salah atau fitnah.

Jadi saya berazam untuk tidak mempercayai perkara-perkara yang tidak sahih khabarnya dan harus bertabayyun dahulu jika mahu mengetahui perkara yang sebenar agar tidak timbul fitnah. Untuk menjadikan kita seorang yang sentiasa berakhlak baik dan sentiasa bersangka baik, kita perlulah mempunyai ilmu tentang Rasulullah SAW. Akhlak Rasulullah SAW sangat hebat sehinggakan baginda digelar Al-Amin. Jadi, apabila kita kenal Rasulullah, secara tak langsung kita juga akan terikut dengan segala sifat mulia Rasulullah SAW. Dengan mengenali Rasulullah SAW kita akan mencintai Allah SWT dan ia merupakan jambatan kita untuk bertaqwa dan beriman kepada Allah SWT.


NUR AIN ADILLA BT ISMAIL - 2015134615


         Pada minggu ini pula, saya telah mempelajari perincian ayat 6 dan 7 surah al-Hujurat. Pengajaran yang saya perolehi daripada ayat 6 ini adalah, kita perlulah ‘tabayyun’ iaitu selidik dahulu berita yang diperolehi. Jika kita membuat keputusan yang salah, kita yang akan menyesal. Selain itu kita juga perlulah bersangka baik dengan orang yang berilmu. Bermaksud, apabila ada permasalahan dalam hal agama, tidak perlulah kita menjadi ‘ustaz dan ustazah jadian’. Serahkan hal tersebut kepada orang yang pakar dalam bidang tersebut. Bagi ayat 7 pula, saya pelajari bahawa syaitan tidak kisah dengan ibadat atau pun kelakuan baik kita jika hati kita tidak disinari dengan nur Muhammad (s.a.w).  Untuk peroleh nur Muhammaad, kita perlu kenal Rasulullah dan Allah amat memelihara Baginda. Bermaksud ,  sayang dan cintanya kepada Baginda tidak akan smpai tahap untuk menjadikan Rasulullah sebagai Tuhan kerana Rasulullah seorang yang maksum. Tidak seperti nabi Isa.

               Dengan itu, saya berazam untuk tidak terus ‘forward’ mesej yang diterima melalui whatsapp tetapi selidik dahulu kesahihannya dan menanya orang yang lebih pakar terutamanya mesej yang berkaitan ilmu agama. Selain itu, saya juga berazam untuk lebih kenal Rasulullah dan akan berusaha untuk menghabiskan bacaan sebuah buku yang bertajuk “Syamail Muhammadiah” seperti yang dicadangkan oleh ustazah Mahfuzah.


NOR ADLINA BINTI MOHD ZAINURI - 2015140593

Pada hari ini saya telah mempelajari tentang terjemahan surah al-Hujurat ayat 6 dan 7. Dalam ayat 6 disebut bahawa sebelum menyebarkan sesuatu berita, kita hendaklah فَتَبَيَّنُوا, yakni menyelidiki kesahihannya terlebih dahulu dengan merujuk kepada yang lebih arif agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Ayat 7 pula mengajar kita untuk mengenal dan bersangka baik kepada Rasulullah s.a.w untuk mendapatkan petunjuk daripada Allah. Ustazah juga ada menceritakan bahawa syaitan itu tidak takut dengan ibadah kita tetapi mereka takut dengan kehambaan kita terhadap Allah dan akan bermasalah dengan manusia yang ada Nur Muhammad.


Maka dengan itu saya berazam untuk berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu maklumat yang diterima melalui media-media sosial seperti Whatsapp. Saya juga berazam untuk mengenal Rasulullah s.a.w dengan lebih dekat lagi dan mengamalkan sunnah-sunnah baginda serta mendekatkan diri kepada Allah.


ANIS SHAHIRAH BINTI MOHD SHAHADAN - 2015182001

Pada hari ini saya telah menmpelajari tentang hubungan antara masyarakat dari sudut positif dan negatif. Hubungan yang positif membawa kepada pembentukan masyarakat yang harmoni.Hubungan yang positif juga dapat membentuk sifat toleransi dan membawa kepada pembentukan identiti baru. Hubungan yang positif berbentuk seperti piramid dan bermula daripada Akomodasi, Akulturasi, Asimilasi dan akhir sekali Amalgamasi. Bagi hubungan yang negatif ianya bermula daripada sikap prejudis, stereotaip dan berakhir dengan diskriminasi. Diskriminasi merupakan bentuk hubungan negatif yang paling teruk dan harus dicegah kerana apabila sesuatu masyarakat itu mula bersikap diskriminasi dia akan menzahirkan kebenciannya melalui perbuatan. Hal ini boleh membawa kepada rusuhan dan pergaduhan sesama masyarakat. Ustazah juga turut memberi tugasan berkumpulan iaitu menterjemahkan surah al-Hujurat ayat 6 sehingga ayat 13. Ustazah sempat membincangkan maksud ayat 6 dan 7 sebelum kelas berakhir. Intipati ayat 6 surah al-Hujurat menceritakan tentang pentingnya kita untuk meniliti sesuatu berita yang diterima terutama berita daripada orang fasik. Ini untuk mengelak fitnah daripada berlaku. Seterusnya Ayat 7 menceritakan tentang kepentingan kita mengenali siapa Rasulullah SAW dan mencari ilmu mengenai Nabi Muhammad SAW.

Dengan itu saya berazam untuk lebih berhati-hati dalam menerima sesuatu berita kerena jika kita salah dalam mentafsir sesuatu berita itu boleh membawa kepada fitnah dan membuka aib orang lain. Saya juga akan mencuba untuk lebih mengenali Rasulullah SAW kerana dengan mengenali Rasulullah SAW barulah Allah dapat mempercintakan kita kepada iman. 


AIDA RASYIQAH BINTI MANSOR - 2015116229

Pada minggu ini saya telah mempelajari untuk sentiasa mendapatkan ilmu dan bukti sebelum mengikut dan mengamalkan sesuatu yang disampaikan. Selain itu, saya belajar jika ingin medapatkan sesuatu petunjuk mestilah dengan mengenali Rasullullah S.A.W terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana para nabi mendapat wahtu dari Allah dan lebih mengetahui apa yang elok dan yang tidak elok untuk umat manusia. Pengajaran yang saya dapat pada minggu ini adalah berdasarkan Surah Al-Hujurat ayat ketujuh.

Maka dengan itu, saya berazam untuk sentiasa mendapatkan kepastian atau kesahihan sesuatu maklumat atau ilmu terlebih dahulu sebelum menjadi amalan dan pegangan. Ini adalah untuk mengelakkan kekufuran yaang menyimpang jauh dari agama Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment